AL-FATIHAH.. Bekas penyampai radio Hot FM meninggal dunia sebelum azan Maghrib
Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu dan Manis FM, Rafly Rahamat telah meninggal dunia kira-kira pukul 7.10 petang tadi. Rakan baik Allahyarham, Muhammad Saifuddin Rashid atau dikenali sebagai El memberitahu Rafly telah menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kuantan, Pahang.
El dan beberapa orang rakan sempat menziarahi arwah di rumahnya pada tengah hari tadi dan tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir dengan sahabatnya itu.
Rafly sebenarnya baharu sahaja dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan selepas terlantar sejak April lalu. Bagaimanapun, dia sendiri tidak dapat memastikan apakah penyakit sebenar dihadapi oleh Rafly namun dipercayai terkena penyakit misteri.

El dan Rafly bertugas di Hot FM Terengganu.

Selera makan dah ada.
Sementara itu, menerusi Instagram Rafly, Allahyarham pernah memuat naik status memaklumkan dia kini berada di rumah dan berharap pengikutnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Nak macam ni balik…”
Arwah pernah memuat naik sekeping gambar di Instagram bersama rakannya kapsyen ingin mendapatkan kembali bentuk tubuhnya seperti mana dalam foto berkenaan.
Ikhlas terima ujian dariNya.
Antara rakan yang datang melawat.
Sumber : Rafly
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment