“Selamat tinggal semuanya…” – Pengawal peribadi ditarik balik, Najib Razak luah perasaan di Facebook
Penarikan balik pengawal dan polis pengiring yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta keluarga adalah mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata ada kelayakan tertentu mengikut SOP yang patut diterima bekas Perdana Menteri. Beliau juga menjelaskan juruiring kanan atau Aide De Camp (ADC) masih dikekalkan termasuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.
Menerusi status yang dimuat naik Najib di akaun Facebooknya, beliau telah mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas, polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan dan bantuan kepada beliau dan keluarga sama ada di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasminya di Seri Perdana.
Terima kasih dan selamat tinggal.

Najib memeluk erat kepada mereka yang terlibat selama ini.

Najib meninggalkan kediaman peribadinya tanpa pengiring.
Menerusi status Najib di FB itu, beliau memohon agar kerajaan baharu sentiasa menjaga kebajikan kumpulan berkenaan kerana mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.

Post a Comment