Setelah habis berpantang, Yatt Hamzah akhirnya dedah nama & wajah anaknya yang comel!
Nampaknya pelakon Yatt Hamzah mengambil masa agak lama untuk mendedahkan nama dan wajah cahaya mata ketiganya yang dilahirkan pada 1 April yang lalu.
Namun setelah tamat tempoh berpantang dan sempena keberkatan bulan Ramadan, pelakon yang pernah membintangi filem Impak Maksima tersebut telah memuat naik wajah bayi perempuan seberat 3.33 kilogram itu menerusi laman Instagramnya.
“Bismillahirrahmanirrahim. Mengambil keberkahan waktu sahur Ramadhan, seperti dijanjikan selepas tamat tempoh pantang, bonda perkenalkan #lilMujahidah @SUCIHAYFAAMEDINA.
“This time she was 1 day old on April 1st 2018. Today 3rd Ramadhan, 19 May 2018 she is turning 1 month & 18 days. Yaa bonda tahu muka #sibibirmerah macam bonda.
“Anak Solehah in shaa Allah. Alhamdulillah TQ atas doa semua, #sucihayfaamedina dah sembuh sikit dari kuningnya,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen.
Rata-rata para pengikutnya di Instagram mengucapkan syukur atas kelahiran tersebut dan memuji kecomelan wajah anaknya yang memiliki pipi kemerahan itu.
Yatt berkahwin dengan Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima pada 27 Disember tahun lalu.
Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Memang comel betul Suci Hayfaa Medina ni kan? Sejuk mata memandang! Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk ibu & bapanya.
Sumber : Yatt Hamzah
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment