“Syukur suami tolong masak & kemas rumah…” – Fazura kongsi kisah Ramadan pertama sebagai isteri
Kali pertama menyambut Ramadan sebagai pasangan suami isteri, sudah tentu pelakon dan penyanyi Nur Fazura berasa teruja berdampingan dengan suami tersayang, pelakon Fattah Amin.
Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu akan tetap melakukan tanggungjawab sebagai isteri dengan memasak juadah bersahur dan berbuka puasa walaupun sibuk dengan jadual kerjayanya.

“Sudah tentu saya akan lakukan tugas isteri seperti kejutkan suami bangun sahur dan memasak. Namun, saya yakin Fattah akan membantu.
“Selama ini jika tiada penggambaran, dia akan membantu semua kerja rumah,” kata wanita berusia 34 tahun itu.
Tambah Fazura, dia berasa sangat beruntung kerana mempunyai suami yang ringan tulang dengan membantu melakukan kerja rumah bersama-sama serta berharap Ramadan kali ini dapat memberi pengalaman manis bagi dirinya.

Menurut penyanyi Bisa Apa itu lagi, dia akan kekal dengan imej sopan dan menutup aurat dengan mengenakan berhijab sepanjang bulan Ramadan ini.

Namun tegas Fazura, dia tidak berniat untuk mengambil kesempatan berhijab semata-mata untuk menjual fesyen Muslimah sebaliknya merupakan langkah awal sebelum hatinya terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya pada suatu hari nanti.

Walau bagaimanapun, Fazura mengakui suaminya menyukai dia berpenampilan seperti itu namun Fattah tidak sesekali memaksa sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada dirinya sendiri.
Sumber : Kosmo! Online
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment