Header Ads

Terbabas dan terlanggar pokok, Imam Muda Asyraf lawat Dr Mohd Izhar

Penceramah terkenal, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim telah terbabit dalam kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi jam 8.30 pagi tadi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menjadi panel program bual bicara pagi di stesen televisyen swasta.
Kereta Mercedes Benz yang dipandunya terbabas dan terlanggar pokok sebelum musnah terbakar. Ketika beliau terbaring di tepi jalan, ramai orang datang membantunya dan mendail talian kecemasan dengan segera.
Pihak ambulans tiba di lokasi berkenaan 10 minit kemudian, pasukan itu mendapati kenderaan berkenaan sedang terbakar dan mangsa dihantar ke Hospital  Serdang untuk rawatan lanjut.
Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor mengesahkan Pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu hanya mengalami luka di bahagian kaki dan imbasan sinaran X juga mengesahkan tiada tulang yang patah.
Dalam pada itu, Imam Muda Asyraf yang juga rakan karibnya itu telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagramnya apabila dia melawat sahabat baiknya itu.
Menerusi kapsyen IM Asyraf, beliau memohon doa agar Mohd Izhar berada dalam keadaan yang baik dan diberikan kesembuhan dari Allah SWT.
Menerusi akaun Instagram Dr Mohd Izhar Ariff pula, terdapat gambar yang dimuat naik oleh admin yang melihatkan beliau kini terantar di hospital.

Keadaan terkini Dr Izhar.

Apa-apa pun kami di Oh MY Media mendoakan agar Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim cepat sembuh.
Sumber : Asyraf
sumber : ohmymedia.cc

No comments