Teruja sambut bulan puasa bersama suami, Izreen kongsi kegembiraan di Instagram
Setelah kemelut yang melanda diri dan suaminya dilihat semakin reda, Izreen Azminda dilihat sudah tidak berasa kekok untuk berkongsi dengan peminat detik-detik bahagia beliau bersama suami.
Menurut Harian Metro, Izreen berasa teruja untuk menyambut bulan Ramadan kali ini kerana ditemani oleh suaminya setelah beberapa tahun menyambut kedatangan bulan mulia itu bersama dengan anaknya sahaja.
Tambah Izreen lagi, Ramadan tahun ini paling bermakna di dalam hidupnya dan beliau sudah tidak sabar untuk memasak juadah kegemaran suaminya untuk dimakan ketika berbuka dan sahur nanti.
Alhamdulillah, sambutan Ramadhan kali ini lebih bermakna sebab ada suami. Sebelum ini, kalau berbuka di rumah saya dengan ibu dan anak saja. Sejujurnya, saya tidak sabar nak menyediakan masakan kegemarannya iaitu asam pedas ayam.

Kalau hari biasa, suami suka masakan ringkas. Tidak perlu nak masak beriya-iya. Memadai baginya satu atau dua lauk saja. Apa yang penting kena pedas. Alhamdulillah, suami bukan jenis cerewet. Kalau teringin nak makan sesuatu, baru dia minta saya buat. Pendek kata, dia sangat mudah.
Mengenai soal cahaya mata, Izeen berkata yang beliau beliau mengidamkan untuk menimang anak perempuan. Walau bagaimanapun, beliau dan suami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memilikinya buat masa ini, namun beliau menyerahkan hal itu kepada ketentuan ilahi.
Sumber : Harian Metro
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment