Header Ads

GST sifar: Harga rokok, tembakau kekal

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menetapkan supaya harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok dikekalkan walaupun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan berpendirian dan menegaskan bahawa harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok tidak boleh diturunkan kerana ia merupakan produk yang membahayakan kesihatan.

“Sebarang penurunan harga jualan runcit akan dianggap sebagai suatu bentuk promosi secara tidak langsung serta bertentangan dengan Peraturan 5A, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004,” kata Kementerian Kewangan.

Pengekalan harga jualan runcit hasil tembakau termasuk rokok itu juga adalah selaras dengan komitmen antarabangsa di bawah Artikel 6, Pertubuhan Kesihatan Sedunia-Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau yang telah mengiktiraf langkah percukaian dan mekanisma kawalan harga adalah berkesan dalam menurunkan permintaan terhadap hasil tembakau. – Bernama

sumber: wowberita

No comments