Header Ads

Hijab bukan penghalang, gadis ini tersenarai finalis Ratu Cantik New Zealand 2018

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu- Begitulah pepatah yang sesuai digambarkan kepada Nurul Shamsul, gadis berhijab yang berdarah campuran Malaysia-Indonesia telah mencatat sejarah apabila namanya tersenarai antara 20 finalis Ratu Universe New Zealand 2018.

Meskipun tampil kelainan daripada peserta-peserta lain, Nurul merupakan wanita pertama di negara berkenaan yang berjaya sampai ke peringkat akhir, malahan juga perintis di tahap global.
Gadis berusia 21 tahun itu juga telah meluahkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa kerana diberi peluang sehingga ke peringkat akhir.
Nurul yang mempunyai darah keturunan Indonesia (ibu) dan bapanya Malaysia menjelaskan bahawa definisi kecantikan sebenar adalah berdasarkan sikap seseorang itu dan rupa paras hanya bonus sahaja. Sebagai umat Islam, Nurul masih mengutamakan kepercayaan walaupun menyertai pertandingan ratu cantik itu yang dikelilingi bangsa asing.

Meskipun tampil berhijab, namun ia bukanlah pengahalang untuk melayakkan dirinya itu ke peringat akhir dan dikenali ramai. Nurul yang masih belajar di Universiti Waikato dalam bidang psikologi dengan minor juga ingin ‘membuka mata’ masyarakat supaya wanita berhijab bukanlah insan yang lemah dan ketinggalan zaman, sebaliknya wanita berhijab boleh melakukan apa jua cabaran yang dihadapinya.

Sebelum ini, warga Somali-British, Muna Jamal dan Somali-Amerika, Halima Aden juga pernah menyertai Ratu Universe Great Britain dan Ratu Cantik Minnesota Amerika Syarikat. Peringkat akhir Ratu Universe New Zealand 2018 akan diadakan pada 4 Ogos akan datang.
Sumber : mStar online, Nurul Shamsul 
 
sumber : ohmymedia.cc

No comments