Kerajaan BN setuju bayar pampasan RM5 juta pada Arul Kanda?

Menurut sumber, separuh daripada jumlah bayaran – RM2.5 juta – akan dibayar selepas kontrak Arul Kanda tamat. Bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada separuh utama sudah dibayar atau tidak.
Rabu lalu, Arul Kanda – yang diberi kontrak enam bulan – memberitahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang beliau diberikan cuti.
Ia menandakan beliau dalam proses meninggalkan syarikat itu tetapi diarahkan untuk tidak ke pejabat. Beliau bagaimanapun masih dibayar gaji.
Arul Kanda merupakan salah seorang pegawai utama 1MDB yang dipanggil Lim untuk memberi penjelasan tentang status syarikat itu.
Kementerian Kewangan adalah satu-satunya pemegang saham 1MDB.
Arul Kanda dibawa masuk menyertai syarikat itu pada Januari 2015 ketika ia berdepan masalah aliran wang tunai.
Beliau merupakan arkitek utama dalam Pelan Rasionalisasi 1MDB yang menjual aset-aset syarikat itu untuk membayar hutang yang ditanggung.
Namun begitu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan pentadbiran terdahulu telah membayar RM6.98 bilion bagi pihak 1MDB kepada peminjam.
Laporan sebelum ini mengesahkan sebanyak RM1.199 bilion ditebus daripada Khazanah Nasional Bhd Ogos lalu dan tanah kerajaan dijual kepada Bank Negara Malaysia Disember lalu bagi meraih dana.
Bekas perdana menteri yang juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak telah mempertahankan cara pentadbirannya menguruskan hutang 1MDB.
Beliau berkata Kementerian Kewangan telah memiliki aset 1MDB – termasuk hartanah – dan maka perlu menggalas kewajipan hutang syarikat itu.
sumber: wowberita

Post a Comment