Header Ads

“Nak jalan pun, tak larat dah…” – Jihan Muse kongsi pengalaman pertama bergelar ibu

Ketibaan Syawal pada kali ini mungkin lebih bermakna buat pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Muse apabila bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama cahaya sulungnya, Ungku Arsalan Haq.
Menerusi temubual oleh mStar Online, pengacara Gegar Vaganza itu mengakui kehidupannya berubah selepas kehadiran bayi lelaki yang bakal mencecah usia enam bulan itu.
Wanita berusia 35 tahun itu turut berkata kini kehidupannya lebih memberikan fokus terhadap Ungku Arsalan Haq serta dalam proses menimba lebih ilmu sebagai ibu dan meletakkan keutamaan kepada anaknya itu.
Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur apabila suaminya Ungku Hariz banyak membantu dan ringan tulang dalam menguruskan anak mereka.
Tambah Jihan, semenjak bergelar seorang ibu, dia mempunyai masa yang sangat singkat sehingga terpaksa membahagikan waktu antara kerjaya dan anak dengan sebaiknya.
Sampai satu tahap, dia mengakui tidak larat untuk berjalan kerana terlalu banyak perkara yang ingin diuruskan dalam kehidupan seharian.
Sumber : mStar Online , Jihan Muse
sumber : ohmymedia.cc

No comments