Pegawai kanan polis ditahan, lebih RM1 juta ditemui

Pegawai yang berkhidmat di bahagian Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, itu masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintendan.
Sumber SPRM berkata, kedua-dua suspek berada di lokasi bersama seorang awam ketika serbuan dilakukan.
“Pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di kedai berkenaan.
“Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00,” katanya.
Sumber berkata, kedua-dua pegawai polis berkenaan kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.
“Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000.
“Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
sumber: wowberita

Post a Comment