Baru Sekarang Takde belas Kesian maki YDPA dan raja-raja Melayu
Dahulu ketika Tun Mahathir sebagai PM dan hatta setelah beliau ‘bersara’, ramai yang mengelarkan beliau sebagai ‘Diktator’, MahaZalim & MahaFiraun kerana beliau bersama UMNO & BN. Ramai yang meminta Tun Mahathir disiasat dan dipenjarakan.
Namun apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO & BN dan bersama blok pembangkang sehingga berjaya membentuk kerajaan persekutuan dalam #PRU14 baru-baru ini, sudah tidak kedengaran label ‘diktator’, MahaZalim & MahaFiraun tetapi digelarnya sebagai penyelamat Malaysia serta laungan ‘Hidup Tun’, Terima Kasih Tun menjadi penganti label buruk sebelum ini dan kurang kedengaran suara meminta Tun Mahathir disiasat dan dipenjarakan.
Apabila Yang Dipertuan Agong tidak memperkenankan lagi upacara mengangkat sumpah PM yang baru, berapa ramai yang mengutuk dan menyumpah Baginda? Setelah penjelasan diberikan oleh Istana Negara dan Tun Mahathir angkat sumpah, laungan Hidup Tuanku kedengaran mengantikan cacian dan kutukan 24jam sebelum itu.
Terbaru, apabila YDPA dilaporkan tidak memperkenankan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, tidak kurang ramai juga yang mengutuk, mengejek dan menghina Baginda malahan sehingga mengatakan Baginda kesepian, perlu dihapuskan Sultan & Raja dan sebagainya.
Dan apabila YDPA telah memperkenankan Tommy sebagai Peguam Negara, pujian terhadap YDPA melangit. Ini bukan soal satu bangsa yang melakukannya tetapi individu yang mengakut rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa agama terlibat sama.
Apabila ada suara Istana Negara menolak Tommy Thomas kerana bukan Melayu dan Bukan Muslim, mereka berkata kini adalah Malaysia Baru bukannya Malaysia lama di bawah BN. Bangsa dan agama tidak seharusnya menjadi kriteria pelantikan yang penting kelayakan seseorang memegang jawatan.
Tetapi perasan atau tidak, orang yang hampir sama juga dulunya yang menandatangani petisyen menentang pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan kerana latarbelakang agamanya? Adakah mereka manusia yang berprinsip atau talam dua muka?
Apa yang saya ingin kongsikan bukanlah sangat tentang label dan pujian tetapi sikap manusia yang tiada prinsip. Apabila sesuatu yang mereka mahu tidak dilaksanakan satu pihak, maka mereka akan memprotes dan melabel tetapi apabila pihak yang melaksanakan apa yang mereka mahukan, segala label yang diberikan hilang umpama meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Adakah ini Malaysia Baru yang dicanang dan dibangga-banggakan? Di manakah kesetiaan kepada raja dan negara? Mungkin kerajaan yang baru tetapi sikapnya masih yang lama, tidak berubah. Pakaiannya baru tetapi badannya tetap sama berkudis. Selagi sikapnya tidak berubah, maka tukarlah kerajaan yang baru berkali-kali pun tetapi sikap buruk itu tetap bersama. Sebagai rakyat Malaysia, ingat dan fahami maksud rukun negara;
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
– Kepercayaan kepada Tuhan
– Kesetiaan kepada Raja dan Negara
– Keluhuran Perlembagaan
– Kedaulatan Undang-undang
– Kesopanan dan Kesusilaan
– Kesetiaan kepada Raja dan Negara
– Keluhuran Perlembagaan
– Kedaulatan Undang-undang
– Kesopanan dan Kesusilaan
Semoga Allah Subhanu Wa Ta’ala membantu kita semua dan suka saya ingatkan diri dan saudara Muslim yang lain untuk senantiasa menjaga sikap, tutur kata serta penulisan kita. Apa jua yang terjadi, itu ujian dariNya untuk kita semua. Sebarkan keamanan dan kedamaian dan mohonlah pertolongan dariNya.
Sumber : Firdaus Wong Wai Hung
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment