“Saya Fikir Islam Adalah Agama Yang Menindas Wanita, Sehinggalah Saya Datang Ke Malaysia”
Datang dari negara Australia, saya tidak pernah didedahkan kepada Islam. Saya tidak tahu apa-apa mengenainya. Saya fikir Islam sebagai agama yang menindas apabila saya mendengar tentangnya. Tetapi tidak apabila saya pergi ke Malaysia, Tuhan membawa saya dengan cara yang saya tidak pernah menjangka, Subhan’Allah.
Saya mempelajari bahawa wanita Islam juga mempunyai hak, yang diberikan secara sah sebelum Barat lagi.
Berjumpa dengan beberapa wanita hebat juga memberi inspirasi kepada saya untuk menggali lebih banyak tentang Islam. Saya mengetahui bahawa saya boleh terlibat dalam kerjaya dan masih menjadi seorang Muslim. Sehinggalah, tidak sampai satu tahun kemudian, saya kembali ke agama fitrah, Alhamdulillah.
Islam adalah cara hidup yang indah dengan memuji dan menyembah Allah sebagai satu Tuhan pada setiap hari.
Walaupun tidak mudah untuk menjelaskan kepada rakan dan keluarga, saya tidak mempunyai cara lain. Saya banyak membuat penyelidikan dan menemubual banyak wanita Islam dan bukan Islam mengenai mengapa wanita memilih untuk berhijab.
Saya juga banyak belajar daripada seorang Imam dan isterinya, yang mengajar saya bahawa berhijab adalah untuk wanita lebih diiktiraf kerana kebijaksanaan mereka, tidak seperti mereka yang terdedah (aurat) kepada dunia ini yang kadang-kadang terlalu seksual, dan menjaga kecantikan anda untuk suami anda.
Saya telah berjumpa dengan banyak wanita yang cantik dan bijak yang memilih untuk memakai Hijab, yang mana itu adalah hak mereka.
Berpakaian dengan lebih sopan datang secara semula jadi selepas memeluk Islam. Saya harap saya akan memakai Hijab setiap hari, In’sha’Allah.
Allah benar-benar yang maha membolak-balikkan hati – Saya tidak pernah bermimpi bahawa saya akan menjadi seorang Muslim, namun, Dia membuka hati saya dan telah memberkati saya dengan banyak cara dari apa yang saya bayangkan.
Itulah sebabnya saya tahu Allah adalah yang maha menyayangi dan belas kasihan, dan saya ingin menyembah Dia dengan lebih baik setiap hari selama Dia memberi saya nyawa ini.
Ayat al-Quran kegemaran saya ialah:
Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Quran 70: 5)
Terjemahan kisah yang dikongsi oleh worldhijabday.com.
sumber Laicikang http://bit.ly/2BmomgR

Post a Comment