Header Ads

Chong Wei ajar Lin Dan cakap Melayu, fasih macam orang Malaysia!

Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya iaitu Lin Dan bercakap dalam bahasa Melayu menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China itu bertutur beberapa perkataan Melayu yang sinonim dalam perbualan harian.

Chong Wei ajar tiga ayat utama

@leechongweiofficial

Pernahkah anda dengar Lin Dan berbahasa Melayu? Have you ever wondered how Lin Dan sounded speaking Malay? Saksikan short video ni. Hebat jgak mamat ni.. Again , thank you Lin Dan bro, for being accommodative yet again. #leechongwei #lindan

♬ original sound – Lee Chong Wei Official – Lee Chong Wei Official

Rakaman berdurasi 42 saat itu dimulakan dengan perkataan ‘apa khabar’ sebelum Lin Dan mengulangi semula ayat tersebut sambil melambaikan tangannya ke arah kamera.

Chong Wei kemudian mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ dimana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan lancar.

Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.3 juta tontonan dan 150,500 tanda suka serta hampir 2,500 komen dalam kalangan netizen.

Di ruangan komen, rata-rata memuji kefasihan Lin Dan yang bercakap dalam bahasa Melayu serta mengagumi keakraban kedua-duanya dalam sukan badminton.

Sebutan dia macam warganegara Malaysia!

Sedap suara dia cakap Melayu

Comel je dua orang ni

Musuh di gelanggang, sahabat di luar

Suka tengok keakraban mereka!

Terdahulu, Chong Wei dan Lin Dan berjaya dipilih dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023 susulan pelbagai kejayaan diraih mereka sepanjang membabitkan diri dalam sukan terbabit.

Sumber: TikTok Lee Chong Wei

The post Chong Wei ajar Lin Dan cakap Melayu, fasih macam orang Malaysia! appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/1YjpaKA
sumber : ohmymedia.cc

No comments