Header Ads

Dakwaan vape kurang mudarat hanya perangkap, generasi muda jangan mudah tertipu!

Sejak kebelakangan ini, ramai generasi muda terjebak dengan penggunaan rokok elektronik (vape) yang didakwa kurang mudarat kerana cecair vape tiada bahan kimia berbahaya atau toksik berbanding produk rokok tembakau. 

Perkara tersebut tidak benar sama sekali kerana produk vape adalah berbahaya dan banyak kajian telah membuktikan cecair vape juga mengandungi pelbagai bahan toksik terutama apabila dipanaskan dan menghasilkan wap atau aerosol.

Mana tidaknya, kebanyakan negara di dunia dan WHO tidak mengiktiraf konsep pengurangan kemudaratan (harm reduction) dan hanya sebilangan kecil negara yang menjadikan produk vape sebagai alternatif untuk berhenti merokok.

Apa yang lebih membimbangkan, pihak industri telah menjalankan promosi dan pengiklanan besar-besaran untuk menarik pelanggan supaya perokok tegar beralih kepada vape.

Namun, apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka menyasarkan semua golongan masyarakat termasuk kanak-kanak, remaja dan wanita untuk turut menjadi mangsa ketagihan nikotin.

Kesannya, golongan kanak-kanak, remaja dan wanita yang tidak pernah merokok telah tertarik dan terpedaya menggunakan produk vape disebabkan oleh aktiviti promosi dan pengiklanan melampau yang dibuat oleh pihak industri.

Golongan tersebut sepatutnya bukan sasaran dalam konsep pengurangan kemudaratan penggunaan rokok tembakau dan inilah yang dimaksudkan dengan ‘perangkap’.

Malah, menurut laporan teknikal oleh WHO pada tahun 2021 menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna vape tidak berjaya berhenti merokok dan akan berakhir menjadi “dual user” atau dwi pengguna iaitu menghisap rokok konvensional dan juga vape

Berdasarkan laporan daripada Surgeon General oleh US Department of Health and Human Services pada tahun 2020 juga menunjukkan penggunaan vape tidak berkesan dalam membantu perokok berhenti merokok.

Tabiat menghisap vape bagi jangka masa panjang hanya mengakibatkan perokok menghidap penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) yang menunjukkan beberapa gejala seterusnya mengakibatkan komplikasi serius. 

Justeru itu, kita harus keluarkan Malaysia daripada ‘perangkap’ ini dengan menyokong Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok dan Generasi Penamat Rokok yang diusahakan oleh kerajaan.

The post Dakwaan vape kurang mudarat hanya perangkap, generasi muda jangan mudah tertipu! appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/ohPNk1c
sumber : ohmymedia.cc

No comments