Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku”
Seorang pengguna laman Facebook terpaksa membuat laporan polis selepas terdapat netizen menyangka dia adalah suspek lelaki yang mengasari seorang pemandu wanita berhubung penularan sebuah video di media sosial sejak semalam.
Menurut Mamatt Khalid XV, salah faham terjadi apabila seorang individu dalam senarai rakan Facebook ‘menyeru’ nama akaunnya pada video tular tersebut sebelum warganet mula menjalankan ‘tugas’ mereka.
Penafian! Pelaku bukan saya
Mamatt berkata, susulan kekeliruan yang timbul, dia seolah-olah terkejut apabila diserang oleh ‘tentera bawang’ sehingga membabitkan ahli keluarganya.
“Disebabkan ramai yang serang aku kat komen dengan messenger mengatakan aku ni adalah si musibat (suspek lelaki) yang kat dalam video yang viral ni.
“Aku dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bukan aku pelaku dalam video tersebut. Disebabkan salah sorg dalam friendlist aku tag nama aku. Tak memasal aku kena serang bertubi-tubi.
“Harap pemilik video dengan adik dia (mangsa) dapat bagi pencerahan. Aku dah hubungi dua beradik ni tapi takde respon,” tulisnya.
Tambah Mamatt, tindakan membuat laporan di Balai Polis Gombak, Selangor adalah untuk melindungi dirinya serta ahli keluarga apatah lagi fitnah yang dilemparkan orang ramai.
“Setelah berbincang dengan mereka uang terdekat dan mendapatkan nasihat daripada peguam. Dan yakin segala bukti memang mencukupi.
“Kita teruskan, demi maruah keluarga kecik aku. Habis anak, bini, arwah bapak aku kena petik. Untuk “mereka-mereka” yang serang aku dari 2.30 petang hingga maghrib tadi (semalam). Ada hadiah untuk kalian,” katanya.
Terdahulu, suspek lelaki yang berusia 29 tahun bertindak menunjal kepala pemandu wanita berpunca daripada perselisihan faham di jalan raya.
Menurut laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada petang Isnin ketika mangsa yang berusia 24 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands menuju ke Tapah bersama adik lelakinya.
Foto: Utusan/Muhamad Nazreen Syah Musthafa
Bagaimanapun, penyelia kilang di Serdang, Selangor itu sudah direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.
Sumber: Facebook Mamatt Khalid XV, Utusan (Asliza Musa)
The post Disangka lelaki tunjal kepala wanita, pengguna FB buat laporan polis – “Ramai serang aku” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/WFI3Bpl
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment