Header Ads

Dituduh bunuh & bakar kekasih hamil, netizen dah mula kesian dengan suspek

Kisah mengenai pembunuhan seorang wanita hamil secara kejam yang dilakukan oleh teman lelakinya berusia 20 tahun telah mengejutkan ramai.

Suspek dikenali Muhammad Fakrul Aiman Sajali dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar  bagi pertuduhan membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau pada jam 8.30 malam 22 Mei lalu hingga jam 8 pagi 23 Mei lalu.

Namun tiada sebarang pengakuan daripada tertuduh direkodkan dan mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 Ogos nanti.

Kesian, awak hensem.. patut bertaubat

Bagaimanapun, ramai di kalangan warganet meluahkan rasa simpati dan kasihan dengan nasib menimpa tertuduh kerana masih muda untuk berdepan dengan tuduhan kes jenayah.

Mereka berpendapat tertuduh selayaknya diberi peluang kedua untuk berubah lebih-lebih lagi dia terpaksa ‘membunuh’ mangsa dalam keadaan tertekan.

Dia pun manusia, sebak naluri seorang ibu

Tidak kurang juga, mereka juga mengakui sebak dan kasihan apabila melihat tertuduh diheret oleh pihak polis ketika menuju ke mahkamah, lebih-lebih melibatkan naluri seorang ibu.

Nak tidur, makan pun tak boleh

Jaga kata-kata

Sekadar info, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan punca kejadian berlaku disebabkan perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah di mana tertuduh bertindak menikam, mengelar perut sebelum mengeluarkan janin dan dibakar di kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Selangor.

Difahamkan, tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih dan mereka sudah menjalinkan hubungan selama setahun.

The post Dituduh bunuh & bakar kekasih hamil, netizen dah mula kesian dengan suspek appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/aLHOG7C
sumber : ohmymedia.cc

No comments