Hadiahkan gol buat isteri Safawi Rasid akui Syifa Melvin kini hamil
Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid akui hantaran gol yang dibuat semalam dalam sesi perlawanan Harimau Malaya menentang Kepulauan Solomon adalah hadiah buat dirinya untuk isteri tercinta, Syifa Melvin.
Pemilik nama Muhammad Safawi Rasid membuat pengakuan sewaktu ditemui media dan mendedahkan isterinya kini sedang hamil anak sulung.
“Gol itu hadiah untuk isteri saya (yang mengandung). Jadi, doakan kami.. semoga selamat semuanya, bersalin,”jelas Safawi.
Safawi berkata, gol ketiga skuad negara yang dijaringnya adalah cukup istimewa dan dia menghadiahkan buat Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah binti Amirol Melvin.
Malah, cara pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) itu meraikan gol pada minit ke-77 itu dengan memasukkan bola di dalam baju adalah simbolik kepada isterinya.
Dalam pada itu, pemain skuad Harimau Malaya turut mendedahkan usia kandungan isterinya yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin kini hampir memasuki enam bulan.
“Dah nak masuk enam bulan,”ujarnya lagi.
@nadhieeerah Pawi sahkan Syifa sudah 6 bulan pregnant! #harimaumalaya #safawirasid
Terdahulu, netizen mendakwa Syifa Melvin kini sedang hamil setelah melihat perubahan bentuk perutnya selain sering makan makanan masam. Tidak mengiyakan atau menafikan soalan tersebut, sebaliknya adik kepada pelakon Syatila Melvin itu hanya memohon doa sahaja.
Bukan itu sahaja, Syifa mendedahkan dia sememangnya sudah mengemari makan makanan yang masam sejak dari kecil lagi. Malah disebabkan itu doktor memaklumkan giginya menjadi semakin nipis.
Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota.
Sumber: TikTok @nadhieeerah
The post Hadiahkan gol buat isteri, Safawi Rasid akui Syifa Melvin kini hamil appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/d5NbJpD
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment