Header Ads

Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan

Pegawai polis wanita, Inspektor Sheila Sharon Steven Kumar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan mengaibkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal pada dua minggu lepas.

Menurut laporan BERNAMA, pegawai berusia 35 tahun itu juga mengaku tidak bersalah mengugut seorang wanita warga emas dan menghina kesopanan seorang lelaki, pada dua minggu lepas.

Berdasarkan laporan Astro Awani pula, Sheila memohon untuk dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan tersebut selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Foto: Kosmo!

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa mengugut seorang wanita berusia 69 tahun dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sheila juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk , botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, dia turut mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya, juga mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan ikat jamin berjumlah RM8,000 namun peguam Sheila iaitu M.Manoharan memohon mahkamah agar memberikan jaminan bon atau jaminan paling rendah.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 7 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen kes terbabit.

Sumber: BERNAMA, Astro Awani

The post Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/ex54SCE
sumber : ohmymedia.cc

No comments