Julia Farhana syukur miliki suami terbaik, tetap kuat meski sering difitnah
Pelakon Julia Farhana Marin meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang terbaik meskipun dilanda pelbagai ujian terutama tuduhan fitnah dilemparkan terhadap Dr. Che Muhammad Hafiz.
Pelakon kacukan Melayu-Itali itu mendedahkan perkara tersebut menerusi hantaran dikongsikan di Insta Story selain terkilan dengan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh suaminya.
“Luluh hati seorang isteri ini apabila melihat suami kena fitnah macam-macam. Rasa nak beritahu kebenaran tapi suami tenangkan hati, lapkan air mata dan minta saya menjadi kuat,”luahnya.
Aktres dan model kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini turut mengakui bahawa mahligai perkahwinan yang dibinanya bersama Hafiz telah mengajarnya untuk menjadi seorang yang lebih kuat.
“Perkahwinan ini sememangnya mengajar saya untuk menjadi seorang yang kuat,”kongsinya lagi.
Dalam hantaran yang sama, Julia mendedahkan suaminya seorang yang bertanggungjawab, sentiasa bekerja keras dan pemaaf biarpun berdepan dengan tuduhan yang tidak berasas.
Malah, suaminya juga masih menyimpan baju-baju anak perempuan, Laana Haura hasil perkahwinan terdahulu dengan aktres yang juga penyanyi, Lufya Omar.
“Dia seorang suami yang terbaik, bertanggungjawab, rajin, pemaaf, dan kadang rasa nak nangis tengok sikap kerajinanya.
“Dia seorang suami yang menakjubkan. Dia masih menyimpan baju-baju anak perempuan di dalam almari. Sedih tengok,”tulisnya.
Untuk rekod, Julia Farhana telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada Disember lalu. Perkara itu diumumkan sendiri olehnya setelah pulang dari berbulan madu dan menyatakan telah dua minggu bernikah.
Dr Che Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Lufya Omar pada 2016 sebelum berpisah pada 2020. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Laana Haura.
Sumber: Instagram @juliafarhanamarin, @drchehafiz
The post Julia Farhana syukur miliki suami terbaik, tetap kuat meski sering difitnah appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/UTqSG2v
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment