Header Ads

Puteri Sarah rasa diri tak layak terima anugerah The Best Mom

Kisah rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sememangnya memberi tamparan hebat terutama di kalangan para wanita lebih-lebih lagi kasihan melihat nasib anak-anak yang sedang membesar.

Bagaimanapun ramai di kalangan peminat berbangga dengan tahap kesabarannya berdepan dengan ujian rumah tangga dan mengawal emosi sambil membesarkan anak-anak.

Bahkan, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memenangi anugerah “The Best Mom Forever dan Ever” oleh majalah keibubapaan tempatan, Pa & Ma seperti mana dikongsikan aktres berusia 38 tahun.

Penganugerahan itu membuatkan pelakon drama Andai Itu Takdirnya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas pengiktirafan yang diberikan oleh pihak berkenaan.

“Terima kasih banyak Majalah Pa & Ma,”tulisnya di ruangan hantaran Insta Story miliknya.

Pun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata menyatakan dirinya tidak layak untuk menerima anugerah tersebut dengan memuat naik foto bingkai gambar bersama anak-anak.

“Tak layak rasanya dapat anugerah best mom,”luahnya.

Semalam, media melaporkan pengarah Syamsul Yusof,39, dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana sah bercerai talak satu pada jam 12.25 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul melafazkan cerai talak satu kepada Puteri Sarah di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh eddah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Sekadar info, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah,4.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

The post Puteri Sarah rasa diri tak layak terima anugerah ‘The Best Mom’ appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/qaXbGh6
sumber : ohmymedia.cc

No comments