Header Ads

Romantisnya Ebit Lew Tetap sambut birthday bidadari meski diuji

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew kini menjadi bualan ‘panas’ selepas ada beberapa pihak mendakwa dirinya mempergunakan agama sebagai konten bagi membantu gelandangan berstatus janda muda bertatu yang juga seorang pempengaruh media sosial Indonesia, Mondy.

Bagaimanapun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meraikan hari istimewa bersama isteri tercinta dan anak-anak, baru-baru ini sehingga menjadi perhatian warganet.

Menerusi hantaran dikongsikan menerusi platform Instagram, Ebit dilihat memuat naik sebuah video bagi meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta dikenali Farah dengan menyatakan penghargaan di skrin tirai LED pada sebuah bangunan.

Dalam pada itu, pemilik nama Ebit Irawan Ibrahim Lew meluahkan rasa syukur kerana memilik seorang isteri yang sentiasa bersamanya sama ada waktu susah mahupun senang. Bahkan, sentiasa tersenyum dan tenang apabila suami diuji dengan beribu ujian dan fitnah.

“Sentiasa kata ujian kerana Allah sayang. Semua Nabi Nabi diuji Allah. Begitulah hidup orang beriman.
“Cukuplah Allah bersama kita selamanya. Terima kasih melahirkan anak-anak. Empat kali melahirkan anak, empat kali mati. Sakit. Allahuakbar,”tulisnya.

Ebit juga berharap agar hubungan mereka bukan sahaja hanya setakat di dunia, tetapi di akhirat kelak, InsyaAllah.

Sambutan ulang tahun tersebut turut diraikan bersama anak-anak tercinta di sebuah restoran dalam keadaan penuh romantis ditaburi dengan kelopak bunga mawar.

Sumber: Instagram @ebitelew

The post Romantisnya Ebit Lew… Tetap sambut ‘birthday’ bidadari meski diuji appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/xNtpTL1
sumber : ohmymedia.cc

No comments