Header Ads

Sharnaaz Ahmad tak mahu anugerah, cukup diingati sebagai ‘penjahat paling hebat di Malaysia’

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad tidak berhasrat untuk menggenggam trofi anugerah dalam lakonan yang dijayakan, sebaliknya cukup sekadar diingati sebagai ‘penjahat Malaysia’ yang hebat.

Menurut laporan Harian Metro, ia susulan Sharnaaz membawa watak jahat sebagai Reza dalam filem Polis Evo 3 sehingga meraih pujian dalam kalangan penonton.

Tak mahu anugerah!

“Saya tak mahu anugerah-anugerah ni. Bagi saja budak-budak (pelakon) baru ni semua. Saya tak mahu anugerah, jujur cakap kerana bukan itu (anugerah) yang saya kejar pun.
“Bukan pencapaian itu (anugerah) yang saya nak. Saya cuma nak saya diingati sebagai ‘villian’ (antagonis) yang paling hebat di Malaysia, itu saja.
“Tak payahlah bagi anugerah, saya tak mahu. Saya minta ingatlah saya sebagai penjahat Malaysia yang sempoi,” kata pelakon berusia 38 tahun itu.

Mengulas tentang penerimaan watak tersebut, dia tidak menyangka watak ‘villain’ itu mendapat sambutan baik walaupun membalas dendam dengan cara yang kejam.

“Saya memang tak sangka orang boleh sayang ‘villain’ pula. Sebab ‘villain’ selalunya akan dibenci, contoh macam watak Sarip Dol. Tapi, mungkin sebab penceritaannya mengisahkan seorang suami yang kehilangan isteri.
“Penerimaan baik penonton pada lakonan saya dalam Polis Evo 3 sangat bermakna. Bagi saya, orang (penonton) dah sayang saya dari segi lakonan pun cukup terima kasih dan syukur banyak. Itu saja yang saya minta,” ujarnya.

Selain Sharnaaz, filem arahan Syafiq Yusof itu turut menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Terdahulu, watak Izrail lakonan Hushairi Husain (Polis Evo 1) dan watak Saif lakonan Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) merangkul kategori Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-28 serta ke-30.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin), Instagram Sharnaaz Ahmad

The post Sharnaaz Ahmad tak mahu anugerah, cukup diingati sebagai ‘penjahat paling hebat di Malaysia’ appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/ktfaIKl
sumber : ohmymedia.cc

No comments