Header Ads

Tahniah bertukar takziah, pelajar 11A SPM imamkan sendiri solat jenazah ibu

Pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Syahril Saidi mengimamkan sendiri solat jenazah ibunya Tuan Faridah Tuan Ismail yang meninggal dunia malam tadi akibat penyakit angin ahmar.

Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menziarahi kediaman keluarga itu di Kampung Kandis, Bachok berkongsi tentang perkara tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

“Adik Syahril yang menjadi imam untuk solat jenazah ibunya berdoa ‘Ya Allah, ampunkanlah ibuku, dan jumpakan kami di syurga-Mu’. Moga dirahmati Allah,” tulisnya.

Hantaran berkenaan memaparkan beberapa keping foto remaja berusia 18 tahun itu mengimamkan solat jenazah bersama ratusan jemaah lain termasuk para pelajar tahfiz di Masjid Pondok Moden Kandis pagi tadi.

Turut kelihatan dia mengusung jenazah ibunya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Lati, Bukit Marak, Kota Bharu.

Kini bergelar yatim piatu, rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada Muhammad Syahril atas pemergian ibu tercinta selain mendoakan dia tabah menerima dugaan tersebut.

Salam takziah

Moga ada pihak yang bantu

Sabar dan tabah tempuhi dugaan

Terdahulu, kisah pengorbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman itu mendapat perhatian warganet selepas tidak hadir ke sekolah untuk menerima keputusan SPM disebabkan perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Pihak sekolah kemudian hadir ke rumahnya bagi menyerahkan keputusan cemerlang yang diperolehinya sekali gus menerima kunjungan orang ramai tanpa henti.

Sumber: Facebook Syahir Sulaiman & Nazri Ismail Al-Goloki & Berita Harian (Nor Amalina Alias)

The post Tahniah bertukar takziah, pelajar 11A SPM imamkan sendiri solat jenazah ibu appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/xV9QW8Z
sumber : ohmymedia.cc

No comments