Terkup & lempang bayi berkali-kali, pengasuh akui didenda RM10,000
Baru-baru ini, tular sebuah lagi video memaparkan seorang bayi menjadi mangsa dera oleh pengasuhnya dan kejadian dipercayai berlaku di sebuah taska berlokasi di Taman Samudera, Batu Caves, Selangor.
Dalam video tersebut, wanita tersebut dilihat berulang kali menampar dan menekup muka bayi berkenaan dengan kain sebelum meninggalkanya dalam keadaan baik.
Geramnya! Rasa nak penampar je balik!
Perkongsian video berkenaan berjaya membangkitkan kemarahan ramai selepas melihat perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pengasuh berusia 23 tahun tersebut.
Rata-rata di kalangan mereka geram dan sakit hati apabila melihat pengasuh berkenaan tergamak bertindak sedemikian, selain berharap agar dapat diambil tindakan sewajarnya dan berhenti bekerja.
Malah, ibu bapa bayi tersebut menyatakan terdapatnya kesan lebam pada bahagian peha dan pipi anak mereka sebelum membuat laporan polis.
Terbaharu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam satu kenyataan berkata, si pelaku telah pun ditahan pada 21 Mei lalu selepas ibu mangsa membuat laporan.
“Pihak polis telah menahan seorang perempuan warga tempatan berusia 23 tahun yang merupakan pengasuh di pusat jagaan tersebut,”ujarnya.
Hasil siasatan pihak polis juga mendapati pusat jagaan kanak-kanak tersebut menjalankan operasi tanpa lesen yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 6 (2) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Undang-Undang 3, Undang-Undang Kecil Tred Perlesenan, Perniagaan dan Industri (Majlis Perbandaran Selayang 2007).
Tambah Noor Ariffin, pelaku juga mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon berkelakuan baik selama tiga tahun. Malah, pelaku juga turut dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat.
Sementara itu, pemilik pusat jagaan tersebut tidak mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan kes pada 7 Ogos ini.
Sumber: Twitter @mynewshub, @redzuanNewsMPB
The post Terkup & lempang bayi berkali-kali, pengasuh akui didenda RM10,000 appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/Id27YqH
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment