Header Ads

Tinggal 239 hari lagi tamat tugas, ramai akan merindui Agong & Permaisuri

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya tinggal kira-kira 239 hari sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke Pahang.

Menurut laporan BERNAMA, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan bagi melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun.

“Dalam perkiraan Beta, hanya 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Ia adalah istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan oleh baginda yang juga Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI setelah bersemayam sejak 2019.

Pada masa sama, Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada Majlis Raja-Raja atas kepercayaan serta amanah besar kepada baginda dalam memayungi negara sejak tahun 2019.

“Semangat musyawarah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu terus dijunjung dan diperkasakan, sebagai mekanisme semak dan imbang terakhir ke atas tadbir urus negara yang telus, demi kelangsungan hidup rakyat jelata,” titah baginda.

Menerusi pemerhatian di ruangan komen akaun Facebook BERNAMA, rata-rata netizen mendoakan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong berada dalam keadaan sihat, sejahtera serta dilindungi Allah SWT.

Malah, segelintir netizen menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sangat dekat di hati rakyat sekali gus akan merindui keperibadian baginda berdua.

Daulat Tuanku!

Kami akan merindui Tuanku

Rasa sedih pula

Agong yang berjiwa rakyat

Sementara itu, Seri Paduka bertitah sistem penggiliran yang di-Pertuan Agong di antara sembilan Raja-Raja Melayu yang diamalkan semenjak kemerdekaan negara, menjadi bukti kekuasaan dan jawatan bukan bersifat mutlak.

“Institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara merupakan tiang seri kepada perpaduan melangkaui kaum, bangsa dan agama.
“Ia merupakan pemusatan dan tumpuan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi oleh Kerajaan Persekutuan; Angkatan Tentera Malaysia dan rakyat jelata sekaliannya,” titah baginda.

Sumber: Facebook BERNAMA, Instagram Istana Negara

The post Tinggal 239 hari lagi tamat tugas, ramai akan merindui Agong & Permaisuri appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/e9HZrj4
sumber : ohmymedia.cc

No comments