Aaisyah sunyi mahu adik, Zain Saidin & Che Ta rancang miliki anak kedua
Pelakon dan model, Zain Saidin memaklumkan dia dan isterinya Rozita Che Wan atau Che Ta mempunyai perancangan bagi memiliki cahaya mata kedua.
Menurut laporan mStar, pelakon berusia 39 tahun itu bagaimanapun menerima ketentuan dan menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.
Aaisyah sunyi mahu adik
Zain berkata, anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana pernah menyatakan hasrat untuk menimang adik apatah lagi mempunyai abang-abang yang sudah dewasa.
“Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat cumanya ia bergantung kepada rezeki, kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja.
“Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan. Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini.
“Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali… dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia,” katanya.
Sementara itu, Zain turut mengulas berhubung komen negatif dalam kalangan netizen yang mempertikaikan gaya serta penampilan Aaisyah yang tidak seiring dengan usianya kerana dilihat terlebih matang.
Pelakon drama bersiri Oh My English! itu berkata, dia tidak dapat menghalang pendapat orang ramai sebaliknya hanya boleh mendidik anaknya yang berusia sembilan tahun itu bagi berdepan dunia realiti.
“Semua tu hanya filter (nampak matang), bukannya dia bermekap seperti orang dewasa. Mekap pun untuk photoshoot raya dan sebagainya.
“Cuma dengan filter, gambar muat naik ke dalam media sosial, dia nampak dewasa. Kita tak boleh tutup mulut orang, perkara tu biasa cuma boleh didik anak saya untuk bersiap sedia berdepan dunia yang tak semuanya indah,” ujarnya.
Untuk rekod, Zain mendirikan rumah tangga dengan Che Ta pada Disember 2013. Dia turut mempunyai dua anak tiri iaitu Ammar Effendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.
Sumber: mStar (Faiz Izzat), Instagram Rozita Che Wan
The post Aaisyah sunyi mahu adik, Zain Saidin & Che Ta rancang miliki anak kedua appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/kvXic40
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment