Cat Farish dedah insiden lap pisang buat Shikin Maembong jatuh hati
Penyanyi dan komposer, Cat Farish mendedahkan tentang bibit percintaan bersama isterinya Shikin Maembong sebelum kedua-duanya selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan, malam tadi.
Menurut Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, Shikin yang juga kakak kepada aktres Emma Maembong itu mula jatuh hati padanya apabila melihat dia mengelap buah pisang bagi tujuan berniaga.
Insiden lap pisang detik jatuh hati
“Dia (Shikin) tengok saya lap pisang (buah), jatuh cinta.. betul! Dia berniaga, pastu pisang satu guni berwap dan basah. Jadi saya lap, dia terharu dengan tindakan tu. Sekarang kami dah kahwin,” katanya menerusi temubual bersama Media Hiburan.
Sementara itu, Shikin mengaku tersentuh hati melihat tindakan anggota kumpulan Ruffedge itu yang sanggup susah senang bersama selain menghargai usahanya sebagai seorang peniaga.
“Sebabnya selama ni berniaga, kita berusaha sorang-sorang. Nak orang terima kita seadanya tu, susah. Biasanya, bila kita berkawan dan orang tengok kita susah payah berniaga, biarkan je kita susah sorang-sorang.
“Tapi Cat ni lain, dia nak susah bersama. Boleh tengok dia hargai pisang yang staf longgok tepi tu,” ujar Shikin.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri di sebuah dewan acara di Setapak, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.07 pada malam Khamis.
Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga bagi Cat dan Shikin selepas dua kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.
Menerusi perkahwinan pertama, Cat memiliki tiga cahaya mata manakala Shikin mempunyai seorang anak perempuan juga hasil daripada perkahwinan pertama.
Sumber: Instagram Media Hiburan & CST Production
The post Cat Farish dedah insiden lap pisang buat Shikin Maembong jatuh hati appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/E6JA5vl
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment