Darling & Anne tampil buat kejutan di Melodi, akui Bell Ngasri paling susah nak jumpa!
Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri terharu apabila adik-adiknya Darling dan Anne tampil melakukan kejutan ketika dia menjadi tetamu undangan bagi program Melodi yang disiarkan secara langsung di TV3 pada Ahad.
Kedatangan adik-beradik tersebut susulan Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal @ Ngasrizal Ngasri tercalon dalam senarai lima terbaik bagi kategori Artis Komedi Popular pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Jumaat ini.
Anne kemudian kelihatan memeluk abangnya yang berusia 43 tahun itu, manakala Darling memaklumkan bahawa mereka sudah lama tidak bertemu.
Mengulas tentang pencalonan abangnya, Anne atau Naszriah Ngasri mengakui pelakon yang sinonim dengan watak Barkoba itu sudah layak untuk menerima anugerah apatah lagi berada dalam industri selama 37 tahun.
“Saya nampak Bell ni memang dah layak, bukan pasal dia abang saya. Jadi saya akan beri sokongan sehingga akhir, sebab dia la melambangkan keluarga kami dalam industri.
“Kami ni selalu kumpul adik-beradik, tapi paling susah nak dikumpulkan adalah Bell. Sebab dia terlalu sibuk, sampai dia tak pernah ada cuti. Merayu suruh cuti,” katanya.
Bagi Darling atau Nasreen Ngasri pula, dia menyifatkan abangnya itu telah ‘menang’ dari segi disiplin dan tanggungjawab sebagai anak seni.
“Pastinya harap yang terbaik untuk Bell. Terima kasih semua yang memberi sokongan kepada kami sekeluarga,” ujarnya.
Terdahulu, Bell juga muncul sebagai 10 artis yang meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana.
Tonton temubual penuh:
Sumber: YouTube TV3Malaysia Official
The post Darling & Anne tampil buat kejutan di Melodi, akui Bell Ngasri paling susah nak jumpa! appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/s8xS53J
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment