Header Ads

Dituduh skandal dengan suami orang Shakilla Khoriri ajak pemfitnah bersemuka

Baru-baru ini tular di media sosial satu dakwaan seorang pelakon wanita yang merupakan ibu tunggal sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Susulan daripada fitnah tersebut, Shakilla Khoriri yang dikatakan merupakan pelakon wanita berkenaan tampil menjelaskan khabar kurang enak itu.

Mungkin orang salah faham. Memang ramai jumpa orang

Memetik laporan dari Mstar, Shakilla menyatakan yang dirinya sudah tidak terkejut dengan tohmahan menjalinkan hubungan dengan suami orang memadangkan sudah acap kali difitnah sejak berpisah dengan bekas suami dua tahun lalu.

Ujarnya lagi, sebagai seorang selebriti, dia telah bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada yang salah sangka jika melihatnya dengan seseorang sedangkan ia berkaitan pekerjaan.

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang… lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri.
“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti
“Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” katanya.

Perkara tersebut dijelaskan Shakilla selepas tularnya dakwaan dia menjalinkan hubungan dengan suami orang yang disebarkan oleh seseorang.

Dalam email yang dikirim kepada media, individu tersebut turut menyatakan yang lelaki itu pernah mengikut Shakilla ke Sabah atas urusan pengambaran.

Fitnah disebarkan melampau

Pelakon drama Bukan Khadijah ini juga tidak menafikan mungkin individu yang menyebarkan fitnah terhadapnya ialah orang yang turut dikenali dan berniat mahu menjatuhkan reputasinya.

“Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut.
“Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau,” jelasnya.

Enggan panjangkan isu sebab ada keluarga

Walau bagaimanapun, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan memperbesarkan isu tersebut lebih-lebih lagi mempunyai anak perempuan kerana bimbang memberi kesan kepadanya

“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka (penyebar fitnah) melampaui batas.
“Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya,” katanya.

Untuk rekod, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 32 pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Hot FM Fizi Ali pada tahun 2018. Namun begitu, pada Disember 2021, mereka telah menyatakan sudah berpisah selepas 3 tahun menjadi suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, Shakilla dan Fizi telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Mstar 

The post Dituduh skandal dengan suami orang, Shakilla Khoriri ajak pemfitnah bersemuka appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/tq2sX7U
sumber : ohmymedia.cc

No comments