Empat gadis mohon maaf hina tahap bahasa Inggeris bekas teman lelaki rakan
Hari ini, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan empat wanita dilihat sedang mentertawakan tahap bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang lelaki yang dipercayai bekas teman lelaki salah seorang daripada mereka.
Ex boyfriend kawan hantar mesej perpisahan
Menerusi video tular, salah seorang wanita dalam video berkenaan dilihat membaca kiriman mesej perpisahan yang ditulis dan dihantar oleh bekas teman lelaki rakannya.
Dalam nada mengejek, wanita tersebut membaca mesej yang ditulis menggunakan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Inggeris dan Melayu dengan lantang sekali sebelum disambut ketawa rakan-rakan lain.
Pastikan tulis menggunakan bahasa Inggeris dengan betul
Dikesempatan itu, mereka sempat menitipkan pesanan buat pasangan yang mahu berpisah dengan menggunakan tatabahasa yang betul terutama bahasa Inggeris.
“Weh korang, kalau nak break up, make sure English korang yang korang hantar kan, betul tau sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau. Kawan-kawan dia pandai tau, kita baca sama-sama.
“Pertama sekali, I nak minta maaf sangat for everything for everthing I made it. I made it! Bukan, I have made it. We can be a friend. Tak payah, we can be friend, cukup.
“No worries if you want to make a friend.. bukan! No worries if you want to be a friend with you. You can text or call me like usual. Wahhh, you want want ahh,”katanya dalam nada sindir.
Mohon maaf dah singgung hati ramai
Sedar video berkenaan menerima banyak kecaman netizen, mereka tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik konten sedemikian menerusi platform media sosial.
Mereka seikhlas hati memohon maaf dan menyatakan tidak mempunyai niat untuk menyinggung hati ramai orang selain meminta agar pihak yang memuat naik video di aplikasi Twitter segera menurunkan kandungan tersebut.
“Minta maaf kalau video kami buat tu menyinggung perasaan abang. Tapi tweet abang pun menyinggung perasaan kami juga. Terima kasih,”katanya.
Dah banyak kali curang sebab tu cakap dalam nada sarkastik
Jelas mereka lagi, tujuan utama memuat naik video dalam nada sindiran adalah kerana mahu ‘sarkastik’ sepadan dengan sikap curang lelaki berkenaan.
Katanya, lelaki berkenaan sudah banyak kali berlaku curang dan menipu rakan mereka. Namun tidak menyangka menerima banyak respons negatif di kalangan warganet.
“Ex boyfriend kawan saya sebenarnya dah curang banyak kali. Sebab tu respon kami sarkastik,”katanya.
Rentetan itu, pengguna Twitter dikenali Cikgu Anep bertindak menurun video berkenaan seperti yang diminta oleh mereka.
Sumber: Twitter @Cikgu_Anep
The post Empat gadis mohon maaf, hina tahap bahasa Inggeris bekas teman lelaki rakan appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/Q9bd4pj
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment