Lawan arus! Dituduh punca rider Ducati maut lelaki mengaku OKU & sakit mental
Penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang Ducati Panigale mengaku Orang Kurang Upaya (OKU) dan menerima rawatan sebagai pesakit mental.
Menurut laporan Sinar Harian, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) iaitu Izleen Ismail berkata, anak guamnya, Mudzyadaha Mohammad telah menerima surat rujukan daripada doktor.
Mengaku OKU & sakit mental
Foto: Kosmo!
Izleen berkata, anak guamnya yang berusia 42 tahun itu menerima surat tersebut sewaktu ditahan di sebuah hospital di Kajang selain turut mendapat ubat bagi rawatan psikiatri.
“Semasa kejadian, anak guam tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran, jadi saya mohon agar mahkamah membenarkan dia menjalani ujian psikiatri mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Sebelum ini, Izleen berkata, tertuduh merupakan seorang OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Timbalan Pendakwa Raya, Annur Athirah Amran pula berkata, dia tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Amalina Basirah Md To membenarkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Tertuduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.
Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE berhampiran Ulu Kelang sekitar jam 1.10 tengah hari pada 14 Jun lalu.
Sumber: Sinar Harian
The post Lawan arus! Dituduh punca ‘rider’ Ducati maut, lelaki mengaku OKU & sakit mental appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/1TF0vnh
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment