Mahu berpantang secara tradisional, Neelofa import ‘Kak Dib’ dari Terengganu
Selebriti terkenal, Neelofa yang telah selamat melahirkan anak kedua minggu lalu memaklumkan yang dirinya telah melalu fasa berpantang dengan cara tradisional.
Hasrat berpantang tradisional tertunai
Menerusi Insta Story Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia telah membawa seseorang yang dikenali sebagai ‘Kak Dib’ dari Terengganu untuk membantunya berpantang selama 40 hari secara tradisional di Kuala Lumpur.
Ujar Lofa, dia memilih untuk berpantang secara tradisional kerana mahu lebih santai memandangkan dirinya juga asal dari kampung.
Target berat 55 kg!
Tak hanya itu, isteri kepada pendakwah muda, Haris Ismail ini turut mengatakan yang sedang berusaha mendapatkan berat badan ideal iaitu 55 kilogram seusai berpantang kelak.
Untuk rekod, Neelofa telah selamat melahirkan putera keduanya pada 11 Julai 2023 pada pukul 10.45 malam.
Selepas 7 hari kelahiran, Neelofa dan suami sepakat mendedahkan gerangan nama yang dipilih untuk cahaya matanya.
Mereka telah memilih nama Abdullah Abbas untuk putera kedua selepas merujuk hadis Rasulullah S.A.W.
Neelofa serta Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan menimang cahaya mata pertama, Muhammad Bilal setahun kemudian.
Sumber: Instagram Neelofa
The post Mahu berpantang secara tradisional, Neelofa import ‘Kak Dib’ dari Terengganu appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/IzJqwlD
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment