Header Ads

Nekad campak dua anak dari tingkat atas bapa melecur dalam kebakaran

Seorang bapa nekad mencampak dua anak lelakinya dari tingkat atas selepas berlaku kebakaran deretan rumah kedai di Pekan Lenga, Bukit Kepong, Pagoh dalam kejadian awal pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, sebelum kedua-duanya disambut oleh orang awam.

Berkongsi detik kejadian, isteri Zamirul iaitu S’biha Bahari, 39, berkata, dia ada menghubungi suaminya beberapa kali tetapi panggilan tidak dijawab.

“Tidak lama kemudian dua pekerja kilang terbabit menjawab telefon suami dan memaklumkan kedai makan milik kami terbakar.
“Menjadi kebiasaan bagi suami dan anak tidur di kedai kerana dia akan masak juadah pagi. Saya pula tidur di rumah ibu tidak jauh dari kedai makan.
“Suami terus bangun apabila mendengar jeritan sebelum mencampakkan anak dari tingkat atas kedai,” katanya.

Difahamkan, Zamirul yang cedera pada tangan akibat terkena zink selain melecur di telinga, mata, mulut serta bengkak di tengkuk sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Kejadian tersebut mengundang rasa simpati dalam kalangan kenalan pasangan itu selain mendoakan pemilik 10 buah rumah kedai yang terbakar dipermudahkan urusan.

Semoga dipermudahkan

Tabah ya sahabat

Semoga cepat sembuh

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), Facebook search

The post Nekad campak dua anak dari tingkat atas, bapa melecur dalam kebakaran appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/hBL9kQ7
sumber : ohmymedia.cc

No comments