Siti Kasim terkejut, dakwa kereta diletakkan bom – “Siapa yang buat ni memang bod*h la”
Peguam dan aktivis sosial, Siti Kasim mendakwa terdapat objek berupa botol yang menyerupai bom diletakkan pada bahagian tayar belakang kereta miliknya.
Wanita berusia 60 tahun itu berkata, dia menyedari tentang objek tersebut ketika menghantar keretanya ke sebuah pusat servis di Jalan Maarof, Bangsar tengah hari tadi.
“Ada dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta. Ketika ini kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.
“Saya sudah menghubungi pihak polis menerusi panggilan 999 dan memaklumkan bahawa ini adalah ancaman bom,” katanya.
Siti Kasim berkata demikian dalam beberapa sesi siaran langsung di akaun Facebook rasmi miliknya sehingga ketibaan Unit Pemusnah Bom (UPB).
Difahamkan, dia menghantar kereta berwarna merah itu bagi melakukan servis berikutan akan bergerak ke Kelantan bagi menyelesaikan isu Orang Asli pada hujung minggu ini.
Sementara itu, dia menyifatkan insiden terbabit tidak masuk akal dan berharap pelaku akan menerima balasan Tuhan selain ditangkap oleh pihak polis.
“Ini memang tidak masuk akal, cubaan untuk melakukan sesuatu (membunuh). Saya bukanlah sesiapa, hanya aktivis.
“Siapa yang buat ni memang bod*h la, Tuhan akan balas. Faham? Pihak polis akan menangkap kamu, saya yakin. Kita lihat nanti.. saya sangat marah dan takut,” ujarnya.
Berdasarkan laporan BERNAMA, UPB sedang melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan objek mencurigakan disyaki bahan letupan yang ditemui di bahagian bawah kereta berkenaan.
Sumber: Facebook Siti Kasim & BERNAMA
The post Siti Kasim terkejut, dakwa kereta diletakkan bom – “Siapa yang buat ni memang bod*h la” appeared first on OH MY MEDIA.
from OH MY MEDIA https://ift.tt/UCi3cE5
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment