Header Ads

Tawar banyak manfaat, Madani Afiat santuni Sungai Petani 16 Julai 2023!

Selepas mendapat sambutan menggalakkan di Selangor, maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan program Madani Afiat di lokasi seterusnya iaitu menyantuni penduduk di sekitar Sungai Petani, Kedah pada 16 Julai 2023 ini, iaitu esok (Ahad).

285 pasukan kesihatan KKM bantu lakukan ujian saringan kesihatan

Namun, kali ini seramai 285 pasukan kesihatan dari beberapa institut Latihan KKM seperti Alor Setar (119 orang jururawat),  Kangar (80 orang jururawat) dan Pembantu Perubatan (86 orang) terlibat jika hendak dibandingkan dengan Selangor tempoh hari.

Pelatih-pelatih yang terlibat adalah meliputi Program Pra Perkhidmatan Latihan, Kejururawatan, Program Peralihan (Kejururawatan) dan Program Lanjutan (Pos Basik).

Mereka ini akan melaksanakan tugasan mobilisasi dari rumah ke rumah dan melakukan saringan berkaitan penyakit non communicable diseases (NCD) iaitu ujian gula dalam darah dan tekanan darah.

Pemeriksaan yang dilakukan ialah tekanan darah, hemo glucose test (HGT) dan kolestrol di mana ia berjaya mengesan 92 individu mengidap darah tinggi sewaktu program Madani Afiat di Selangor. Manakala 71 individu mengidap kencing manis, saringan di lokaliti statik melibatkan 149 individu dan 38 individu mengidap darah tinggi dan 25 lagi mengidap kencing manis.

Dalam pada itu, mereka  juga akan memberi pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat, selain Madani Afiat memberi pendedahan kepada para jururawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

Sungai Petani perangi Malaria, check gigi, dan banyak lagi

Bukan itu sahaja, program yang berlangsung pada 16 Julai 2023 di Sungai Petani juga akan mengadakan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 bersempena dengan Hari Denggi ASEAN yang telah disambut pada 15 Jun setiap tahun oleh semua negara di Asean.

Malah, penduduk sekitar juga boleh mengambil peluang sedia ada bagi mendapatkan beberapa perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan pada hari berkenaan seperti pemeriksaan pergigian, saringan kesihatan mental, nasihat pemakanan, perkhidmatan berhenti merokok dan sebagainya.

Untuk pengetahuan, program Madani Afiat yang merupakan cetusan idea dari Menteri Kesihatan iaitu YB Zaliha Mustafa telah memberi peluang untuk warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertemu dengan orang ramai.

Ia juga memberi peluang kepada pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan perubatan untuk turun padang bersama masyarakat melakukan pengisian aktiviti dirancang bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

Jadi, orang ramai di dijemput hadir untuk bersama-sama merebut manfaat dan memeriahkan dalam Program Program Madani Afiat yang akan diadakan pada 16 Julai 2023 ini.

Orang sekitar Sungai Petani, jumpa hangpa semua nahh kat Padang EUPE, Taman Ria Jaya mulai seawal jam 7 pagi sampai 5 petang!

The post Tawar banyak manfaat, Madani Afiat santuni Sungai Petani 16 Julai 2023! appeared first on OH MY MEDIA.

from OH MY MEDIA https://ift.tt/TFAr1go
sumber : ohmymedia.cc

No comments