Header Ads

Rahsiakan hubungan cinta, Syafie Naswip sah bergelar suami Nur Afiqah

Dengan sekali lafaz, pelakon Syafie Naswip sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Nur Afiqah Ishak selepas melangsungkan pernikahan kira-kira jam 11.04 pagi tadi di Dewan Wilqadry, Putrajaya.

Majlis akad nikah tersebut telah disiarkan secara langsung (Live) menerusi akaun Instagram milik Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip sebentar tadi.

Akad nikah pasangan itu disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang.

Selepas selesai majlis akad tersebut, aktor berusia 31 tahun  yang popular Mukhsin itu dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika membaca taklik, iaitu perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak dan seperti mana diperuntukkan dalam Akta,Enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri.

Syafie Naswip

Artikel lain: 12 tahun menabung, Syafie Naswip balas jasa belikan rumah buat ibu & ayah

Pasangan pengantin itu segak mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih dilhat tersenyum tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.

Kira-kira 1,500 penonton menyaksikan majlis pernikahan Syafie bersama pasangannya dan difahamkan, majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada malam ini.

Semalam, Syafie memaklumkan dia akan berkongsi satu pengumuman khas di media sosial miliknya pagi ini.

Sumber: Instagram @syafienaswip, badrulhashim

The post Rahsiakan hubungan cinta, Syafie Naswip sah bergelar suami Nur Afiqah appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/eUfYZai
sumber : ohmymedia.cc

No comments