Header Ads

Syamimia dikritik netizen, kalini promosi jenama ‘boikot’?

Pempengaruh media sosial, Syamimia sekali lagi mendapat kecaman daripada netizen selepas berkongsi video mempromosikan brand yang sedang diboikot rakyat Malaysia bersama patung ‘David’.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Syamimia telah memuat naik video dirinya yang sedang melakukan kerja tiba-tiba berasa lapar.

@syamimia_

Jap! Makan dulu ♡ Setakat ni dah berapa video masakan yang korang buat? Kalau saya dah hampir 150 video rasanya, cepatnya masa berlalu. Tapi dalam sehari tu teringin nak makan MAGGI. Hari ni saya makan MAGGI Hot Mealz Goreng Cili Ala Kampung. Rasa Autentik Malaysia! Ngam Rasa Lokal! Sedap🥹 Dapatkan produk ini di 7E, myNews, Shell atau Petronas terdekat! #CiliAlaKampung #NgamRasaLokal

♬ original sound – Syamimia – Syamimia

Syamimia kemudian berjalan ke dapur dan membuka kabinet untuk mencari makanan namun dia hanya mempunyai mi segera berjenama Maggi.

Pempengaruh itu juga menunjukkan cara mudah menyediakan mi segera itu dengan hanya menggunakan air yang dipanaskan menggunakan pemanas air.

Dalam pada itu, kemarahan netizen ditambah pula apabila Syamimia menggunakan patung dewa Yunani dalam video promosi tersebut.

Sebelum ini, Syamimia telah pun menyatakan bahawa dia telah membuang patung David itu namun dalam perkongsiannya baru-baru ini, jelas kelihatan ia digayakan bersama mi segera yang sedang dipromosikan.

Namun begitu, pempengaruh berusia 27 tahun itu telah menutup ruangan komen, berkemungkinan mahu mengelakkan kecaman daripada warga maya.

Bagaimanapun, terdapat netizen yang telah memuat naik semula video Syamimia di TikTok dan mempersoalkan tindakan pempengaruh itu memuat naik video tersebut.

@annur_habib9

Dan sebenarnya…. Apa yer?? #patungdavid #maggi #standwithislam

♬ original sound – imeranbrad – imeranbrad

Menerusi ruangan komen @annur_habib9, rata-rata warganet mengecam tindakan Syamimia memuat naik hantaran tersebut selepas dikecam selama beberapa bulan.

Fakenya Syamimia

Sengaja nak bagi netizen bercakap?

Terdapat juga komen yang menyatakan video tersebut berkemungkinan telah dirakam sebelum gerakan boikot dijalankan dan baru dimuat naik beberapa hari lepas.

Video terbaru memang takde patung tu…

Ni video lama….

Menjengah ke X pula, ramai warga maya turut mengecam tindakan Syamimia yang seperti tidak mengambil iktibar dari kejadian sebelum ini.

Dah hilang akal ke?

Boleh diam kot…

Terdahulu, Syamimia mula dikecam selepas memuat naik video penjelasan mengapa dia tidak memilih mana-mana pihak dalam konflik yang sedang berlaku di Palestin.

Walaupun telah meminta maaf atas video itu, Syamimia telah kehilangan lebih 358.3 ribu pengikut dalam masa beberapa hari selepas memuat naik video penjelasan tersebut.

Tidak lama kemudian, Syamimia dikecam pula dengan kehadiran patung David di rumahnya kerana patung tersebut merupakan dewa Yunani.

Syamimia telah pun membuang patung tersebut selepas dikecam oleh netizen namun videonya baru-baru ini jelas kelihatan patung tersebut.

Sumber: TikTok Syamimia, @annur_habib9 & X

The post Syamimia dikritik netizen, kalini promosi jenama ‘boikot’? appeared first on Oh My Media.

from Oh My Media https://ift.tt/AcFS0L7
sumber : ohmymedia.cc

No comments