Header Ads

Pesanan Aku..Besar mana pangkat kau kat opis.. jangan sombong dengan makcik cleaner…

Minggu pertama sekolah, bila selisih dengan geng cleaner aku cuma senyum sahaja. Masuk minggu ke dua, aku mula menegur dan ajak berborak. Soalan pertama aku tanya, ” Akak ada anak sekolah tak? “Dua orang cleaner ada anak sekolah, seorang lagi anak semua dah besar-besar dah. Yang ada anak sekolah, aku hadiah beg sekolah. Seronok sangat mereka.

Nak jadi cerita, hari Khamis minggu lepas, masa aku mengajar kelas 1 Arif, seorang guru perempuan dari kelas tahun 1 Amal datang buat muka Nobita nak minta barang dengan Doraemon. Macam yang aku agak, dia cakap, ” Fadli, Fadli. Tolong jap. Ada masalah kat tandas. Murid tu… ” ” Kenapa dengan murid pula? Berak dalam seluar ke?” Soal aku bila dia bagi ayat tergantung. ” Tak, awak pergi tengoklah,” balas cikgu tu penuh harapan.

Bila orang minta tolong, takkan nak tolak kan? Cikgu perempuan lawa pula tu yang minta tolong. Alangkan Batman tengah makan nasi pun bila nampak polis suluh lambang dia kat langit dia terus pergi. Aku pun lebih kurang macam tu juga la. Aku pun bergegas la ke tandas, ingatkan kenapa. Rupanya seorang budak ni dah bogel dah. Siap keluar tandas lagi. Seluar dah kat lantai.

Bau busuk najis menerjah rongga. Sambil tutup hidung aku tanya la, ” Awak dah kenapa? Takkan dah tahun 1 tak pandai nak basuh berak lagi?” ” Pandai cikgu, tapi tak ada air la,” jawab budak tu cemas. Ah sudah. Aku mundar mandir cari baldi dan cebuk. Mana nak cekau tak tahu la. Mak cik cleaner nampak aku keresahan terus tegur, ” Kenapa cikgu?” ” Budak ni berak kak. Tapi tak ada air.” ” Tak apa cikgu, saya pergi ambil baldi dan cebuk, nanti saya ambil air kat paip kantin bawa ke tandas. Kat kantin ada air. Saya uruskan, cikgu pergi la mengajar,” terus mak cik cleaner tawar pertolongan.

Setelah aku ucap terima kasih banyak-banyak, terus aku masuk kelas. Dah macam kena langgar garuda dah kelas bila cikgu tak ada. Yang ikut aku pergi tandas nak tahu apa kes pun ramai juga. Budak-budak, macam tu lah.Kau kalau cikgu ke, kerja opis ke, manager paling berkuasa kat planet bumi ke, jumpa cleaner, tegur-tegurlah. Jumpa orang bawah, jumpa kuli, senyum-senyumlah.

Jangan sombong sangat dengan pangkat ni. Mana tahu kau tengah berak pula air tak ada. Puas la kau terpekik terlolong kat dalam tandas tu. Kalau kau sombong, cleaner dengar pun dia cepat-cepat lari. Takkan kau nak wasap bini kau kat rumah suruh hantar baldi dan cebok? Penyudahnya, lap la bontot kau dengan spender kau tu. Padan muka kau, siapa suruh sombong sangat. Sombong ini pakaian Kholik sahaja, bukan pakaian hambaNya. Ingat tu.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

from Kaki Trending http://ift.tt/2yWrBZs

No comments