Header Ads

Saya Rasa Boy Iman Berada Di Pihak Yang Benar – Nassier Wahab

Pasti ramai yang terkejut dengan berita penahanan Boy Iman susulan kontroversinya di dalam pembinaan rumah mampu milik menerusi syarikat DBI Properties. Penangkapan Boy Iman itu dilakukan selepas pihak polis menerima sebanyak 188 laporan oleh orang ramai yang membabitkan kerugian berjumlah RM6.2 juta. Turut menerima tempias daripada penahanan ini ialah Datuk Nassier Wahab yang merupakan duta kepada syarikat DBI Properties.

nassier wahab boy iman

Baru pulang dari Mekah selepas menunaikan ibadah haji, Datuk Nassier Wahab ternyata terkejut dengan berita penangkapan Boy Iman ini. Menurut penyanyi itu, sepanjang perbincangannya dengan Boy Iman, dia melihat rakannya itu jujur ingin membantu masyarakat memiliki rumah mampu milik. Kata Datuk Nassier Wahab:-

Saya baru pulang dari Makkah (selepas menunaikan haji), dua hari lalu. Sebelum ini, selepas timbul kekecohan mengenai ‘penipuan’ oleh DBI, saya terus menghubungi dirinya. Boy memberitahu, semua itu adalah fitnah dan meminta saya berdoa kepada Allah bagi membuka jalan terbaik buatnya. Cuma, saya gagal menghubunginya semalam dan saya terkejut apabila diberitahu dia ditahan pula. Bukannya mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi berdasarkan perbincangan kami sebelum ini, dia bersungguh-sungguh mahu membantu masyarakat yang ingin membeli rumah dengan harga mampu milik. Saya lihat Boy jujur mahu membantu orang

nassier wahab boy iman

Malah menurut Datuk Nassier Wahab, dia yakin Boy Iman berada di pihak yang benar. Beliau juga meminta masyarakat tidak membuat tuduhan melulu selagi siasatan polis belum ditamatkan. Katanya lagi:-
Saya rasa dia (Boy) berada di pihak yang benar. Sepanjang 15 tahun mengenalinya, saya tak pernah melihat dia menggunakan duit dengan cara salah. Saya percaya apa yang dia lakukan itu betul. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian bergelar usahawan berjaya. Saya harap masyarakat tidak terus menuduh sehingga kebenaran itu muncul. Jujurnya, saya sedih dengan apa yang berlaku

nassier wahab

Admin percaya pihak polis akan melakukan siasatan dengan menyeluruh dan akan tampil membawa kebenaran buat semua pihak yang terbabit di dalam hal ini. 188 laporan polis bukanlah satu angka yang kecil. Paling penting, duit yang dikeluarkan oleh peserta-peserta program rumah mampu milik DBI Properties ini harus dikembalikan sekiranya memang ada penipuan berlaku. Rata-rata mereka yang melaburkan wang di dalam program ini bukanlah orang kaya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan hasil siasatan polis.

Sumber Berita Harian.

Sumber Viral Purba http://ift.tt/2kiTo38

No comments