Header Ads

Ada Yang Mempertahankan Assad, Ini Pula Pendirian Tegas Erdogan Tentang Siapa Assad

TUNIS – Presiden Turki Tayyip Erdogan pada hari Rabu menggelar pemimpin rejim Syria Bashar al-Assad sebagai pengganas dan mengatakan tidak mungkin usaha damai Syria dapat diteruskan dengannya.

Kementerian luar negeri rejim Syria segera memberi tindak balas kepada kenyataan ini dengan menuduh Erdogan menyokong kumpulan pengganas yang bertempur dengan Assad dalam perang Syria.

Turki telah menyokong penggulingan Assad dari kuasa dan menyokong kumpulan pembangkang yang berjuang untuk menjatuhkannya.

“Assad adalah jelas pengganas yang telah melakukan keganasan negara,” kata Erdogan dalam sidang akhbar televisyen bersama Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi di Tunis.

“Tidak mungkin untuk mempertahankan Assad. Bagaimana kita mahu berbincang untuk mewujudkan masa depan dengan pemimpin yang telah bertanggungjawab membunuh hampir sejuta rakyatnya?” katanya.

Walaupun Turki telah lama menyokong penggulingan Assad, ketika ini Turki lebih tertumpu di Syria atas ancaman Daesh YPG yang bersekutu dengan Parti Pekerja Kurdistan di Syria, yang telah menubuhkan “koridor keganasan” di wilayah sempadan selatan Turki.

Turki mengatakan bahawa militan YPG, militan Kurdi Syria, yang digelar Ankara sebagai lanjutan dari PKK yang merupakan organisasi yang dilarang dan telah melakukan pemberontakan di tenggara Turki sejak tahun 1980-an, tidak boleh dijemput untuk mengadakan perundingan damai Syria di ibu negara Kazakhstan, Astana.

YPG adalah elemen utama dalam kumpulan SDF yang disokong Washington dengan latihan, senjata, sokongan udara dan penasihat ketenteraan dalam pertempuran melawan Daesh. Sokongan A.S. dikecam kuat oleh Ankara.

Walaupun terdapat perbezaan dasar dengan Rusia dan Iran, Turki telah bekerjasama dengan kedua-dua kuasa untuk mencari penyelesaian politik di Syria.

Erdogan menekankan pentingnya perundingan damai yang diadakan di Astana dan Geneva, sambil menambah: “Rakyat Syria mesti menentukan masa depan mereka sendiri dengan hasil rundingan ini.”

Ankara, Moscow dan Tehran juga mengadakan perjanjian untuk menubuhkan dan mengawasi “zon de-eskalasi” untuk mengurangkan pertempuran antara pasukan rejim Assad dan pembangkang di wilayah Idlib yang dikuasai pembangkang kerajaan Syria.

“Kami tidak boleh mengatakan (Assad) akan memainkan peranan dalam hal ini. Tidak mungkin Turki menerima ini. Syria Utara telah diserahkan sebagai koridor keganasan. Tidak ada kedamaian di Syria dan keamanan ini tidak akan dicapai dengan Assad,” kata Erdogan, memetik laporan Reuters.

sumber Laicikang http://ift.tt/2BOO0sR

No comments