Jawapan Jepun Kepada Isu Pindah Kedutaan Ke Jerusalem
Kerajaan Jepun memberi jaminan tidak akan memindahkan kedutaannya di Israel ke Jerusalem.
Kenyataan itu disampaikan oleh Menteri Luar Negeri Taro Kono dalam pertemuan dengan Menteri Luar Negeri Jordan Ayman Safadi di Amman pada 26 Disember 2017.
Seperti yang dilaporkan oleh Xinhua (27/12/2017), Menteri Luar Negeri Jepun Kono menegaskan bahawa status akhir Jerusalem – baik sebagai ibu negara mahupun tempat bagi pejabat misi diplomatik negara asing – harus dibincangkan dan dibahas melalui rundingan langsung.
Kono juga berkata bahawa Jepun menyokong penyelesaian dua negara sebagai salah satu cara menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
Menurut laporan agensi berita Jiji Press, Kono pada Selasa berkata, negara itu akan memperuntukkan kira-kira AS$40 juta sebagai bantuan baharu kepada rakyat Palestin,
Jepun Menawarkan Diri Menjadi Pengantara Israel-Palestin
Seperti yang dipetik oleh media The Times of Israel, Menteri Luar Kono dilaporkan menjemput Netanyahu dan Presiden Abbas untuk menghadiri sidang kemuncak di Tokyo untuk membincangkan konflik Israel-Palestin.
Jemputan itu dihantar ketika Kono melawat Israel dan Palestin pada hari Isnin, 25 Disember 2017.
Persidangan yang diadakan di Tokyo itu juga merancang untuk menjemput Penasihat Presiden Amerika Syarikat, Jared Kushner untuk mewakili Presiden AS, Donald Trump.
Menjawab jemputan Kono, Netanyahu berkata beliau terbuka untuk menghadiri persidangan itu, hanya jika Amerika Syarikat bersetuju untuk menghadiri. Kata media tempatan Israel, Hebrew Channel 10 seperti dipetik dari The Times of Israel.
Sementara itu, belum diketahui bagaimana tindak balas Abbas terhadap jemputan Jepun untuk berdialog mengenai isu Jerusalem dan perdamaian konflik Israel-Palestin.
sumber Laicikang http://ift.tt/2zHnKi7

Post a Comment