‘Saya Tidak Punya Hak Untuk Ambil Tahu’ – Izreen Azminda
Semalam, kecoh tentang kes permohonan cerai yang terjadi di antara suami kepada pelakon Izreen Azminda, Ude dan isteri pertamanya.
Suami Izreen Azminda Failkan Pemohonan Cerai Buat Isteri Pertama
‘Tidak Mahu Membohongi Diri, Sudah Tiada Hati Hidup Bersama’ – Ini Penjelasan Ude
Seperti biasa, nama Izreen dikaitkan sekali lagi dengan kemelut yang melanda rumah tangga pasangan ini.
Lumrah isteri kedua yang sering menerima tomahan orang luar, melalui Harian Metro, Izreen menegaskan tidak mahu masuk campur urusan suami bersama madunya itu.
Menurutnya lagi, sebagai isteri kedua, dia langsung tiada hak untuk memberi sebarang komen mengenai apa yang berlaku.
Malah, dia tidak pernah bertanya apa-apa mengenai hubungan suaminya bersama madunya itu.
“Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.
“Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik.
“Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,” katanya kepada Harian Metro.
Izreen dan Ude pernah menjadi mangsa kecaman orang ramai apabila perkahwinan mereka berdua yang berlangsung secara tertutup diketahui oleh orang ramai dan apatah lagi dengan tittle ‘isteri kedua’ pada Ogos tahun lalu.
SUMBER: Harian Metro
The post ‘Saya Tidak Punya Hak Untuk Ambil Tahu’ – Izreen Azminda appeared first on Media Hiburan.
sumber Media Hiburan http://ift.tt/2F3r8Ya

Post a Comment