“Sebagai manusia, ada masanya kita tidak sedar apa kita lakukan dan bila sudah berlaku barulah nampak kesannya…” – Ziana Zain bagi ‘ceramah’ kepada Neelofa
Nampaknya isu majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa di sebuah pusat hiburan, Zouk, Kuala Lumpur semakin hebat diperkatakan.
Setelah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis surat terbuka menerusi laman web rasminya semalam, kini tampil pula seorang artis ‘lagenda’ tempatan iaitu Ziana Zain tampil untuk memberi ‘ceramah’ kepada usahawan terkenal itu.
Menurut Ziana, beliau melihat isu tersebut dari dua sudut yang berbeza iaitu sudut positif dan sudut negatif.
Secara sudut positifnya, beliau yakin bahawa Neelofa mempunyai misi tersendiri untuk mengembangkan perniagaan tudungnya. Manakala sudut negatifnya adalah penampilan beberapa orang gadis bertudung yang kurang manis ketika ligat menari seperti dalam sebuah video yang tular di media sosial.
Tambah Ziana, dari segi moral dan mata masyarakat, perlakuan seperti itu telah mengundang fitnah dan masyarakat akan berfikir bukan-bukan seperti yang terpapar di dalam video yang tersebar di laman sosial.
Tidak dinafikan bahawa untuk melariskan seusatu produk, mereka perlu melakukan sesuatu diluar jangkaan masyarakat, tetapi cara dan tindakan Neelofa adalah salah dan terpesong dengan ajaran agama Islam.
Menurut Ziana, sebagai rakan artis atau penyanyi ‘senior’ yang lebih 30 tahun mencipta nama dalam industri hiburan berkata, beliau memberikan nasihat kepada Neelofa yang dianggap sebagai ‘adik’ agar lebih berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
Semoga Hajjah Neelofa lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi dan mempunyai cara yang bijak dalam strategi perniagaan di masa akan datang agar tidak menjatuhkan kerjaya dan imejnya sebagai seorang wanita berhijab.
sumber : ohmymedia.cc

Post a Comment