Header Ads

Bapa Tidak Berhati Perut Sanggup Baling Bayinya Berusia 6 Bulan Dari Bumbung Sebagai Protes Terhadap Pihak Berkuasa

Seorang lelaki di Afrika Selatan ditahan dan didakwa dengan kesalahan cubaan membunuh selepas melampar anak perempuannya berusia 6 bulan dari bumbung rumah sebagai cubaan menghalang pihak berkuasa meroboh rumah yang dibina secara haram.

Lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai mengambil anak sebelum memanjat ke bumbung rumah sebagai protes terhadap pihak berkuasa yang menjalankan kempen merobohkan kawasan penempatan haram di Kwadwesi, di Port Elizabeth.
Sepasukan anggota polis yang dihantar ke lokasi kejadian cuba memujuknya untuk tidak meneruskan hajatnya ketika suspek dilihat menghayun bayi malang tersebut sebelum melemparkannya.
Malah tindakan lelaki tersebut menerima sokongan daripada peserta-peserta protes yang lain apabila kedengaran laungan slogan ''Baling! Baling! Baling!''.

Bagaimana pun, bayi yang dilempar tersebut berjaya disambut oleg anggota polis yang sedia menanti di bawah untuk sebarang kemungkinan yang berlaku. Bayi tersebut disahkan tidak mengalamai sebarang kecederaan, manakala suspek berjaya ditahan.
Anggota polis Afrika Selatan dihantar ke kawasan lokasi ketika ketegangan yang dicetuskan oleh 150 peserta yang memprotes dengan membaling batu dan menyekat jalan dengan membakar tayar semakin memuncak, bagi menjamin keselamatan pekerja-pekerja yang menjalankan aktiviti pengrobohan.

Ketika keadaan sedikit terkawal, tiba-tiba suspek memanjat bumbung rumahnya sambil mengugut akan membaling anaknya jika kerja-kerja pengrobohan tidak dihentikan.
Pihak polis kemudian menjalankan operasi menyelamat bayi malang tersebut setelah rundingan yang diadakan menemui jalan buntu.
Jurucakap polis, Kapten Andre Beetge memberitahu media tempatan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 10.40 pagi.
''Tindakan tersebut bagi menghalang rumahnya daripada diroboh.

''Disebabkan bahaya ancaman terhadap keselamatan bayi tersebut, polis kemudian merangka satu pelan menyelamatkan mangsa.

''Bapa kanak-kanak tersebut didakwa dengan kesalahan cubaan membunuh dan kes akan dikendalikan oleh Unit Serangan Seksual, Keganasan Keluarga dan Perlindungan Kanak-kanak,'' katanya.

Bayi malang tersebut kemudian diserahkan kepada ibunya yang berusia 35 tahun namun dipantau oleh khidmat masyarakat tempatan bagi memastikan keelamatannya.
''Ia amat mengejutkan seorang bapa sanggup mengorbankan nyawa anak sendiri hanya kerana mahu melengah-lengahkan kerja-kerja meroboh penempatan haram, namun lega akhirnya bayi tersebut selamat,'' kata Mejar Jeneral Dawie Rabie, Komander Motherwell Cluster.
Kerja-kerja pengrobohan 90 struktur yang dibina secara tidak sah bagaimana pun berjaya diselesaikan.
Sumber : Daily Mail
sumber : siakapkeli

No comments