Jangan Suka Hati Share Info di Malaysia! Nanti Kena Tindakan Macam Dua Orang Ni
Sekarang ini terlalu banyak cerita yang tular dekat media sosial, tak kira lah pasal masyarakat, artis atau pun kes dekat luar negara. Setiap hari ada je cerita baru yang tak ada kesahihannya, tapi tular sampai dapat beribu-beribu perkongsian. Apa yang teruknya apabila ada jugak golongan yang sanggup buat fake account semata-mata nak tularkan cerita yang tak sepatutnya. KAAANNN!
Macam kes baru-baru ini yang terjadi dekat negara kita, apabila ada dua orang tempatan didenda hanya sebab tularkan cerita yang dorang pun tak pasti sama ada betul atau tidak. Hmm tak pasal-pasal dah kan!
Sumber: Utusan
Menurut NST, Mohd Azrul Alwin Mohd Yusoff, jurutera berusia 32 tahun, dan Ainin Syazwani Che Mat Noordin, 22 tahun, pernah viralkan kes daging beku halal dan bukan halal yang disimpan bersama melalui Facebook masing-masing pada Julai 2017 lalu. Dek kerana itu, dorang berdua bakal didenda sebanyak RM3,000, dan sekiranya gagal akan dipenjara selama satu bulan.
Difahamkan pada 20 dan 21 Julai 2017, dorang ini ada minta orang ramai supaya berhati-hati sebab katanya, terdapat empat kontena 30 tan daging beku halal dan bukan halal yang disimpan bersama. Masa itu masing-masing gunakan akaun Facebook dorang iaitu Rul Yusoff dan Ann Syzwni.
Sumber: NST
Kemudian pada 1 Ogos 2017, ada seorang orang awam di Starbucks Aeon Alpha Angle Bandar Baru Wangsa Maju perasan tentang kes yang tular ini dan terus buat aduan. Lepastu Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia buat pemeriksaan ke atas hal tersebut dan dorang tegaskan bahawa berita pasal daging itu sebenarnya palsu.
Difahamkan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233, akta yang sama membawa denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali, dan juga boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan bersalah.
Sumber: NST
Kemudian Hakim Zaman Mohd Noor failkan hukuman dekat dorang berdua selepas mereka mengaku bersalah. Juga difahamkan kedua-duanya sebenarnya tak tahu pun berita tu adalah palsu, sebab niat dorang hanya nak semua orang luar berhati-hati.
“Saya tak tahu berita itu palsu. Saya update sebab nak bagi amaran dekat rakan-rakan Muslim saya,” kata Azrul.“Saya sangat sedih dan janji tak akan ulang kesalahan yang sama,” Kata Ainin.
Walau bagaimanapun, pegawai pendaakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mendesak untuk jatuhkan jugak hukuman dekat dorang sebab ini melibatkan kepentingan awam.
Haa so korang-korang yang suka sangat buat cerita itu, lepas ini hati-hati lah ek!
Baca: Wanita Heboh di Facebook Tuduh Peniaga Ini Jual Daging Babi, Tapi Rupa-rupanya…

Post a Comment