Header Ads

“Mujur Ada Yang Membantu Ketika Saya Terlantar Sakit, Kini Giliran Saya Pula” – Saleem

Anjurkan showcase dan semua wang kutipan akan didermakan.

Masa untuk membalas budi. (Pic: Instagram @aku_saleem)
Terlantar di hospital Februari lalu akibat sakit kepala kronik memberi kesedaran kepada penyanyi Saleem untuk menginsafi banyak perkara berkaitan kehidupan. Sudahlah tidak sihat, berdepan pula dengan masalah kewangan kerana tidak bekerja, semua itu membuatkan penyanyi Bukan Aku Tak Cinta ini termenung memikirkan nasib diri.
Namun, rezeki terletak di tangan Tuhan. Ketika kesusahan melanda, tiba-tiba ada yang datang membantu untuk meringankan beban yang dipikul. Dan pengalaman itulah yang mencetuskan inspirasi Saleem untuk mengadakan showcase amal bagi membantu rakan industri yang kurang bernasib baik.
Semoga dipermudahkan.
Percaya dengan prinsip niat yang baik akan dipermudahkan Tuhan, Saleem atau nama sebenarnya, A M Salim Abdul Majeed, 56, memberitahu semua hasil kutipan jualan tiket Showcase Saleem Raja Balada - Syokkk Ooo akan disumbangkan untuk tujuan murni itu.
"Niat membantu rakan seperjuangan terdetik ketika saya terlantar sakit. Berdepan masalah kewangan, tidak bekerja dan perlu memikirkan soal bayaran bil hospital, semua itu memang mengganggu fikiran. Mujur ada pihak yang sudi membantu.
Ingin bantu sesama rakan.
"Ketika itu, saya terfikir bagaimana nasib rakan industri lain yang melalui pengalaman sama. Atas kesedaran itu, saya menyimpan niat untuk mengadakan showcase amal dan bersyukur apabila semuanya dipermudahkan," katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Mungkin sedikit pelik apabila bekas vokalis kumpulan Iklim ini mengumumkan yang dia akan mendermakan kesemua wang kutipan jualan tiket kerana biasanya, walaupun sebuah konsert amal, pasti ganjaran untuk artis perlu diambil kira.
Isteri merupakan tulang belakang.
“Pada mulanya kami berhasrat untuk mendermakan sebahagian sahaja daripada hasil jualan tiket namun apabila ada pihak yang sudi menanggung kos keseluruhan penganjuran showcase ini, jadi tak salah rasanya apabila kita memberi balik dengan menyumbangkan kesemuanya kepada pihak yang memerlukan,” katanya.
Ditemui pada sidang media showcase itu yang diadakan Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), di ibu negara, Saleem berkata, urusan pengagihan sumbangan akan dilakukan oleh Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).
Ini kerana mereka mempunyai butiran lengkap individu yang memerlukan bantuan.
Tempat terhad.
Bercerita mengenai showcase yang julung kali diadakan itu, bekas vokalis kumpulan Iklim ini memberitahu, persembahan itu akan menyaksikan dia akan menyampaikan rangkaian lagu popularnya.
"Persembahan ini akan mengambil masa selama dua jam dan saya akan menyanyi sekitar 11 lagu termasuk lagu terbaru, Janggawari," katanya.
Dianjurkan dengan kerjasama Laga Emas Enterprise dan Salju's Enterprise, showcase ini bakal berlangsung pada 20 April ini di MATIC.
Tiket berharga RM150 sudah mula dijual dan terhad kepada 400 peminat. Untuk urusan pembelian, hubungi talian 0193387115 (Mas Anizah).

No comments