Header Ads

SUBHANALLAH!! Dah 4 tahun lepas ditanam, pokok kurma di Putrajaya kini pertama kali berbuah selepas PRU-14

Sejak dari semalam lagi, jadi trending di laman-laman media sosial setelah beberapa batang pokok kurma yang ditaman di Putrajaya didapati telah pun berbuah.
Menurut laporan Harian Metro, beberapa batang pokok kurma yang ditaman di sekitar Persiaran Persekutuan, Presint 1 telah dilaporkan berbuah untuk pertama kalinya sejak ditanam pada empat tahun yang lepas.
Pokok-pokok kurma yang ditanam di sana bukanlah bertujuan komersial, sebaliknya ditanam untuk menaik taraf lanskap di kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Sehingga kini, terdapat 41 batang pokok di sekitar Putrajaya.  yang ditanam.
Penemuan pokok-pokok kurma yang sedang berbuah ini telah dilakukan oleh pasukan penyelengaran lanskap Perbadanan Putrajaya yang kebetulan tengah melalukan kerja-kerja rutin dan pemantauan mereka.
 
Gambar-gambar pokok kurma yang sedang berbuah kehijaun itu telah dimuat naik oleh Perbadanan Putrajaya ke laman Facebook page rasmi mereka semalam.
Ramai netizen khususnya penduduk Putrajaya berasa teruja dengan berita itu kerana ianya merupakan pertama kalinya terjadi semenjak pokok-pokok kurma ini ditanam pada empat tahun yang lepas.
 
Kejadian aneh yang kebetulan berlaku sebaik sahaja tamatnya PRU14 ini telah membuat terdapat sesetengah pengguna media sosial untuk mempolitikkan isu tersebut.
Walau bagaimanapun, selain daripada pokok kurma di Putrajaya, terdapat berberapa tempat lain seperti di Kuala Berang, Terengganu dan di Bandar Universiti Pagoh, Johor turut dikatakan turut berbuah.
   
Sumber : Facebook
sumber : ohmymedia.cc

No comments