Header Ads

“Sis ni pembaris ke? Lurusss sangat…” – Panggil YB ‘Yang Budak’, Dira cari pasal dengan Syed Saddiq?

Awal pagi tadi, peminat bola sepak antarabangsa tidak melepaskan peluang bagi menyaksikan final Liga Juara-Juara antara Liverpool dan Real Madrid.
Ini termasuk ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut memuat naik sebuah status mengenai perlawanan berkenaan.
Melalui laman Twitter miliknya, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan nada bergurau meminta untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat penjaga gol pasukan Liverpool iaitu Loris Karius.
Ia mungkin sekadar memberi pendapat kerana penjaga gol itu terlalu mudah memberi ruang buat pasukan lawan bagi menjaringkan gol sehingga menyebabkan pasukan Liverpool tewas.
Walau bagaimanapun, ketika penyokong serta pengguna Twitter lain faham dengan gurauan dan situasi tersebut, tiba-tiba Dira Abu Zahar muncul memberikan respon menerusi posting berkenaan.
Melalui respon tersebut, Exco Puteri Umno itu menyifatkan perangai Syed Saddiq seperti kebudak-budakan dengan mempersoalkan gelaran ‘Yang Berhormat’ atau ‘Yang budak- budak’.
Tweet balas-membalas tersebut sekali gus menarik perhatian netizen untuk memberikan komen yang rata-rata berpihak kepada jejaka berusia 26 tahun itu.
Namun Syed Saddiq tidak berdiam diri sebaliknya membalas kembali tweet bekas pelakon berkenaan dengan kenyataan terbaharu tidak lama selepas itu.
Tidak semestinya individu yang dilabel sebagai ‘budak’ ini sekadar ‘tin kosong’ saja kan bila melakukan sesuatu perkara? Bila rakyat dah memilih beliau sehingga memegang beberapa jawatan, sudah tentu ada kekuatan dalam dirinya yang tersendiri.
Sumber : Syed Saddiq
sumber : ohmymedia.cc

No comments