''Ini Tidak Lucu, Stop Sharing'', Viral Surat Cinta Budak 9 Tahun Boleh Dianggap Sebagai Buli Siber, Jadi Punca Kes Bunuh Diri
Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram mengenai perkongsian seorang wanita yang mendakwa adiknya telah berusia 9 tahun telah menerima surat cinta. Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian netizen yang berpendapat ianya sesuatu yang lucu selain ada juga yang berpendapat kanak-kanak perempuan tersebut berani dalam menyatakan perasaannya.
Berdasarkan pemerhatian kami, ini bukanlah kali pertama kisah cinta kanak-kanak ini diviralkan netizen di media sosial. Walaupun ramai yang berpendapat soal cinta dalam kalangan kanak-kanak ini adalh sesuatu yang menghiburkan, namun tanpa sedar ia sebenarnya sudah lari dari norma kehidupan dimana kanak-kanak tidak sepatutnya bertindak meluahkan perasaan sebegitu, apatah lagi baru berusia 9 tahun
Lantaran itu, seorang ahli akademik yang dikenali sebagai Doktor Syahr Musafir membuat perkongsian untuk menegur segelintir masyarakat yang tidak peduli dengan realiti sebenar yang berlaku dalam msyarakat hari ini. Apatah lagi negara baru sahaja dikejutkan dengan kes bunuh seorang pelajar gara-gara mempunyai masalah cinta.
Katanya lagi, tindakan wanita yang memuat naik surat cinta yang diluahkan oleh kanak-kanak tersebut juga boleh dianggap sebagai buli siber dan boleh diambil tindakan. Malah sebelum ini di luar negara, ada kes bunuh diri berlaku gara-gara surat cinta mereka yang sepatutnya bersifat peribadi, disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.
Belum pun reda kes kematian arwah Nur Alya Damia, seorang pelajar kolej vokasional yang berumur 19 tahun, yang mati dicekik oleh teman lelakinya, yang juga berusia 19 tahun, mayatnya dibuang di tepi jalan di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Khamis lalu. Korang tahu tak pasal kes teruk ini?
Hari ini masyarakat kita terutamanya anak-anak muda, remaja dan para ibu bapa muda yang kononnya cool, bergelak-tawa dan seronok 'share' kisah kanak-kanak berusia 9 tahun, darjah 3, yang menerima surat cinta di sekolah.
Adakah kita rasa ini semua lawak? Lucu? Seronok? Geli hati?
Tariklah nafas panjang, hembus, dan berfikirlah sejenak.
Situasi di mana seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang berani menghantar surat cinta kepada seorang kanak-kanak di sekolah sebegini adalah langsung TIDAK LUCU, tidak lawak dan tidak patut dijadikan bahan ketawa.
Sebab apa? Sebab setiap isu couple dan cinta sebelum nikah yang sering dilakukan oleh para remaja dan generasi muda bukan bermula sekelip mata kerana perubahan hormon dalam badan apabila akil baligh, tetapi kerana 'dididik' oleh KITA sejak kecil sehingga dirasakan normal, biasa dan orang yang tidak couple pula dikatakan sebagai bodoh dan loser. Surat cinta budak darjah 3 inilah salah satu contoh normalisasi yang KITA buat, iaitu gelak apabila membaca suratnya dan share, share, sebarkan supaya orang lain pun gelak juga.
THIS IS NOT FUNNY AT ALL!
Sesuatu kes berat yang berlaku antara pasangan kekasih bermula dengan gejala-gejala seperti ini.
APA YANG SEPATUTNYA DIBUAT OLEH KAKAK 'BABY' KEPADA 'BABY' APABILA SI KAKAK TERNAMPAK SURAT CINTA INI?
Sepatutnya sebagai kakak/abang dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang menerima surat cinta tersebut, KITA wajib memberi perhatian kepada adik/anak kita, sekaligus menerangkan dan menasihatkan bahawa kejadian surat cinta ini tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Terangkan dengan jelas bahawa dia perlu jaga diri supaya tidak membenarkan mana-mana kanak-kanak lain menyentuh anggota badannya, dia juga tidak boleh menyentuh kanak-kanak lain sesuka hati, dan dia perlu beritahu kawan yang hantar surat cinta itu supaya berhenti menghantar surat cinta kepadanya. Ini adalah pendidikan seks yang perlu dilaksanakan oleh kakak/abang dan ibu bapa kanak-kanak tersebut. BUKAN UPLOAD GAMBAR DI TWITTER!
APA YANG SEPATUTNYA DIBUAT OLEH KAKAK 'BABY' KEPADA PENGHANTAR SURAT CINTA INI?
Kakak/abang dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang menerima surat cinta PERLU PERGI KE SEKOLAH DAN BERJUMPA dengan 'Awati' yang menghantar surat cinta ini menasihatkan bahawa tindakannya menghantar surat ini adalah SALAH dan dia perlu berhenti menghantar surat cinta kepada sesiapapun, termasuk kawan, para pelajar senior/junior bahkan termasuk juga guru-guru. Dia perlu disedarkan bahawa tidakannya itu tidak lucu, bukan sekadar gurauan, tidak bermoral dan perlu dihentikan serta-merta. BUKAN DIBIARKAN TANPA NASIHAT.
Lebih-lebih lagi surat itu ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan, dia perlu diterangkan tentang SIFAT MALU yang wajib dimiliki oleh orang perempuan. Dia berani menghantar surat, sifat berani ini tidak wajar dipuji, sebaliknya dia perlu diingatkan berani perlu bertempat. BUKAN berani luah perasaan suka seseorang yang berusia 9 tahun pada usia 9 tahun!
INI KES BULI
Perkara pertama yang TIDAK patut berlaku adalah upload gambar surat di media sosial (Twitter, oleh si kakak kepada 'Baby' yang menerima surat). THIS IS NON SENSE. INI ADALAH KES BULI. Ya, buli siber.
Pernah dilaporkan pelbagai kes, salah satunya di California, apabila seorang remaja lelaki menghantar surat cinta kepada kekasihnya dan kekasihnya telah berkongsikan surat cinta tersebut di Facebook-nya. Menyebabkan remaja lelaki tersebut berasa malu dan MEMBUNUH DIRI, walaupun cintanya diterima.
Satu lagi kes yang lebih kurang sama, apabila seorang remaja perempuan menghantar surat cinta kepada seorang remaja lelaki yang diminatinya, rakan kepada remaja lelaki tersebut meng-upload gambar surat cinta tersebut di media sosial dengan caption menyindir sehingga viral, menyebabkan remaja perempuan yang di-reject itu malu dan MEMBUNUH DIRI.
Dalam kisah 'Baby dan Awati' ini ada kemungkinan perasaan malu, tertekan dan psikologi yang sama boleh menimpa 'Awati' tanpa sesiapa sedari. Tambahan pula, usianya baru 9 tahun, tidak reti apa-apa tetapi telah dibuli secara siber sejak kecil. HENTIKAN BERKONGSI PERKARA-PERKARA SEBEGINI!
KITA PERLU JADI MASYARAKAT YANG MATANG
Para netizen dan Page-page WAJIB BERHENTI berkongsikan perkara-perkara sebegini. Bermula di Twitter, dibawa masuk ke Facebook dan Instagram pula. Tak pernah rasa cukup. Sedangkan sepatutnya SEMUA ORANG perlu nasihatkan kakak kepada 'Baby' yang upload surat cinta ini UNTUK PADAM SERTA-MERTA. Bukannya menggalakkan dia untuk terus berkongsi. THIS SHOULD STOP, NOW!
Berfikirlah secara matang setiap apa yang kita kongsi sebelum kita kongsi. Tolonglah, kita BUKAN BUDAK-BUDAK LAGI.
Kepada golongan Kakak/Abang atau ibu bapa atau guru-guru yang rasa ini sekadar lawak, lucu, jenaka, atau kakak/abang atau ibu bapa atau guru-guru yang membiarkan perkara-perkara sebegini berlaku berasa cool, sempoi dan 'tak apa,' YOU ARE WRONG! Benda-benda sebegini tak cool langsung. Bertindaklah sekarang, sebelum terlambat. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Saya risau suatu hari nanti si kanak-kanak perempuan yang dibiarkan sebegini berani buat benda-benda yang bukan-bukan, kerana terbiasa, na'uzubillah min zalik. Mohon dijauhkan.
Saya risau suatu hari nanti si kanak-kanak lelaki yang dibiarkan sebegini rasa OK nak buat benda-benda yang bukan-bukan, kerana rasa dirinya hot stuff, na'uzubillah min zalik. Mohon dijauhkan.
Post ini perlu #SHARE, diizinkan 100%.
Dr Syahr Musafir
Pn Rahimah AR
30/05/2018
Sumber : Dr. Syhr Musafir
from Siakap Keli News http://bit.ly/2xrA6Py
sumber : siakapkeli

Post a Comment